Now Reading
Trak ATM Bawa Kenderaan Perisai Terbabas Gara-gara Jalan Basah & Licin

Trak ATM Bawa Kenderaan Perisai Terbabas Gara-gara Jalan Basah & Licin

Sebelum ini tular di media sosial video rakaman dashcam semasa trak ATM itu terbabas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siasatan awal yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 7 November lalu akibat jalan licin dan basah.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati pemandu kenderaan itu dari Kem Batu 5, Mentakab, Pahang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

“Kenderaan itu telah terbabas melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan dan terjatuh ke arah laluan bertentangan di KM 35.3 Kuala Lumpur menghala ke Bentong akibat jalan licin dan basah,” katanya dipetik Awani.

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat berkaitan kes itu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes yang masih dalam proses siasatan,” katanya lagi.

Sebelum ini tular di media sosial video rakaman dashcam sebuah treler awam yang turut berada di tempat kejadian semasa kemalangan berlaku.

Penularan video tersebut menyebabkan orang ramai merasakan laporan siasatan awal yang dikeluarkan ATM adalah tidak tepat.

Ini menurut mereka kerana jelas di dalam rakaman tidak terdapat sebarang treler (awam) yang memotong sehingga menyebakan jentera itu terbabas.

Namun sebagai maklumat, laporan yang disediakan hanyalah berpandukan siasatan awal. Bahkan TDM sudah memaklumkan yang pihaknya akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan berlaku.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd