Now Reading
Tindakan Influencer ‘Make Up’ Sebelum Bersalin Curi Perhatian [Video]

Tindakan Influencer ‘Make Up’ Sebelum Bersalin Curi Perhatian [Video]

Ketika dirakam oleh suaminya, kelihatan Adira sedang menyapu bedak dan siap bersolek di atas katil di sebuah hospital.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat para wanita yang bergelar ibu, pasti tidak lupa momen ketika melahirkan anak.

Tanyalah pada mana-mana wanita yang telah bersalin, majoriti daripada mereka pasti akan mengatakan waktu contraction antara fasa yang amat menyakitkan.

Pada ketika itu, apa sahaja yang berlaku akan diendahkan malah nak fikir tentang diri sendiri pun tak sempat!

Namun, ada segelintir yang dapat menahan rasa contraction itu hingga kadang kala boleh buat aktiviti lain antaranya seperti bersolek.

Sempat Bersolek Sebelum Bersalin

Itulah yang dilakukan oleh seorang pempengaruh wanita terkenal, Adira Salahudi yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh suami influencer itu di TikTok @ammarazizann, kelihatan Adira sedang menyiapkan diri sementara menunggu proses bersalin.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan Adira yang sempat bersolek dan mencantikkan diri sementara menunggu proses bersalin.

Malah, ketika dirakam, kelihatan dia sedang menyapu bedak dan siap bersolek di atas katil di sebuah hospital.

“POV: Mak-mak 2024 make up dulu sebelum beranak,” tulis Ammar.

Difahamkan, Adira telahpun selamat melahirkan anak perempuan pada 11 November lalu.

https://www.tiktok.com/@ammarazizann/video/7435900771243183376?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7410966857291793928

Perbuatan Bersolek Sebelum Bersalin Undang Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 720,000 tontonan dan turut dikongsikan di Instagram milik mereka nyata mendapat perhatian ramai.

Rata-rata warganet mempunyai pendapat masing-masing mengenai tindakan Adira yang bersolek sebelum proses bersalin.

Ini kerana ada yang meluahkan rasa kagum dengan kekuatan wanita itu yang dapat menyiapkan diri sedangkan wanita bersalin lain hanya memikirkan tentang sakit yang dialami.

Namun, ramai juga pengguna media sosial yang mempersoalkan tindakan wanita itu kerana menganggap ianya berbahaya dan menyukarkan jururawat atau doktor mengesan keadaan sebenar pesakit lebih-lebih lagi ketika proses bersalin.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman pernah ditegur oleh jururawat khususnya anggota perubatan di hospital kerajaan hanya kerana bersolek ketika mahu bersalin.

Setakat ini, kami tidak menemui sebarang fakta yang mengatakan tidak boleh memakai mekap semasa bersalin.

Namun, carian kami menemui satu garis panduan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans kesihatan di Australia yang tidak menggalakkan penggunaan mekap semasa pembedahan (operation).

Laman itu menyebut sebaiknya tidak mengenakan mekap sebelum pembedahan kerana ia boleh memudahkan doktor memeriksa kesihatan anda berpandukan warna kulit asli.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Kalau Kerajaan Tak Boleh Tau, Aku Hari Tu Bubuh Sunscreen Dengan Liptint Kena Tegur”

“Macam Mana Solat Dengan Make Up, Mungkin Ini Dah Lepas Isyak, Husnuzon”

“Teringin Nak Cantik Tapi Malas Nak Cuci Sebab Nak Solat”

“Siapa Je Tak Nak Cantik Walaupun Tengah Sakit Tapi Dalam Keadaan Bersalin Ni, Elok Kita Mudahkan Urusan Orang”

“Make-Up Ni Bahaya Nanti Turun Darah Pucat Bagai Doktor Tak Boleh Detect”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd