Now Reading
ATM Lakukan 8 Langkah Penambahbaikan & Pencegahan Atasi Gejala Buli Di UPNM

ATM Lakukan 8 Langkah Penambahbaikan & Pencegahan Atasi Gejala Buli Di UPNM

MINDEF melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga melaksanakan siasatan dalaman di peringkat Akademi Latihan Ketenteraan (ALK)-UPNM jika wujud aduan atau laporan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan beberapa insiden buli yang melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kejadian itu nyata menjadi perhatian dan membuka mata ramai pihak termasuk pemimpin tertinggi negara antaranya seperti Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apatah lagi, UPNM sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai kerana kes buli yang kejam melibatkan Allahyarham Zulfarhan Osman.

Ekoran daripada beberapa siri insiden terbabit, ramai pihak yang menggesa agar Kementerian Pertahanan segera melakukan sesuatu bagi menangani isu buli di institusi pendidikan tinggi itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Adalah Kegilaan” – Anwar Ibrahim Ulas Dakwaan Kes Buli Di UPNM

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar UPNM Dipijak Senior Hingga Cedera Parah, Kementerian Pertahanan Serah Siasatan Pada PDRM

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Kes Arwah Yang Terakhir” – Bapa Zulfarhan Ulas Insiden Pelajar UPNM Didakwa Ditekap Seterika

Tidak Akan Berkompromi Kes Buli UPNM, Serah kepada PDRM Jalankan Siasatan

Terbaharu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah dan sedang mengambil lapan penambahbaikan dan pencegarahan bagi menamatkan gejala buli di UPNM.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menjawab Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini (14 November) selepas diajukan oleh Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin bin Ahmad Ismail.

Jelas Khaled, pihaknya tidak akan berkompromi dengan gejala buli dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lebih lagi sekiranya terdapat aduan atau laporan.

Malah, beliau juga akan memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan tersebut untuk tindakan selanjutnya.

MINDEF Senaraikan 8 Kaedah Bagi Menamatkan Kes Buli UPNM

Tambah Khaled lagi, MINDEF melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan turut melaksanakan siasatan dalaman di peringkat Akademi Latihan Ketenteraan (ALK)-UPNM jika wujud aduan atau laporan.

Pada masa yang sama, Khaled turut menyenaraikan lapan tindakan penambahbaikan dan pencegahan yang telah dan sedang diambil bagi mengelakkan daripada kejadian buli berulang lagi.

“Pertama, pihak ATM telah menambah perjawatan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang ditugaskan di ALK-UPNM.

“Pertambahan perjawatan ini melibatkan penambahan pegawai dan LLP. Daripada 31 orang pegawai sebelum ini, ia telah ditambah kepada 48 orang pegawai dan daripada 124 orang LLP ditambah kepada 182 orang LLP.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 24 orang pegawai dan 48 orang LLP telah dilantik sebagai jurulatih. Pelantikan jurulatih ini bagi meringankan beban seorang jurulatih untuk memantau 20 orang Pegawai Kadet dengan nisbah 1:20,” katanya.

Tambah Khaled lagi, penambahan jumlah jurulatih ini juga membolehkan pecahan untuk kawalan pentadbiran Pegawai Kadet dibuat dalam kumpulan yang lebih kecil iaitu daripada 4 Batalion kepada 8 Kompeni, yang mana satu batalion dengan jumlah maksimum 320 Pegawai Kadet kepada satu kompeni dengan hanya 150 Pegawai Kadet bagi tujuan pemantauan yang lebih rapi.

“Selain itu, tempoh perkhidmatan pegawai dan LLP yang ditempatkan di ALK-UPNM juga dihadkan kepada antara tiga hingga empat tahun untuk menentukan prestasi sebagai jurulatih sentiasa di tahap tertinggi.

“Pada masa yang sama, semua jurulatih yang ditugaskan ke ALK-UPNM perlu menghadiri dan lulus Lembaga Pemilihan dan Penempatan Jurulatih (LPPJ) serta bebas daripada sebarang masalah disiplin,” jelasnya.

Tujuh kaedah lain adalah seperti berikut:

  1. Menetapkan seorang Jurulatih Bertugas bagi setiap Kompeni bagi membolehkan pemantauan Pegawai Kadet yang lebih teliti setiap hari.
  2. Jurulatih Bertugas telah diarahkan untuk melakukan rondaan ke penginapan Pegawai Kadet selepas jam 11:59 malam setiap hari.
  3. Mulai bulan Febuari 2023, sebanyak 7 kamera litar tertutup (Closed-Circuit Television, CCTV) di beberapa aras blok penginapan telah dipasang bagi mengesan aktiviti yang mencurigakan. MINDEF juga sedang merancang untuk menambah jumlah CCTV mengikut keperluan dan kesesuaian.
  4. Larangan terhadap aktiviti penderaan sememangnya dikuatkuasakan dalam Perintah Tetap Pegawai Kadet sejak penubuhan ALK, yang sentiasa diulangi di dalam Perintah Harian Kompeni dan tindakan pemberhentian akan dilaksanakan terhadap Pegawai Kadet yang didapati bersalah.
  5. Bermula April 2024, pengasingan Pegawai Kadet Tahun 1 telah dilakukan di Bukit Putera dan diletakkan di bawah kelolaan Jurulatih sepenuhnya memandangkan golongan tersebut biasanya menjadi sasaran.
  6. Pemeriksaan fizikal secara berkala kepada Pegawai Kadet bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan yang boleh mendatangkan kecederaan.
  7. Sesi pertemuan secara eksklusif di antara Pegawai Kadet dan pihak tertinggi ALK-UPNM diadakan bagi memberi ruang bebas tanpa perasaan takut atau sebagainya selain mendapatkan maklumat salah laku dalam kalangan Pegawai Kadet bagi mengatasi isu keengganan Pegawai Kadet melapor kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya.

Baca Artikel Berkaitan: Kadet UPNM Terlibat Kes Buli Boleh Dihentikan – Khaled Nordin

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan: “Ambil Iktibar Atas Apa Terjadi” – Tengku Ampuan Pahang Titip Pesan Kepada Pelajar Universiti [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd