Now Reading
Benarkah Berdengkur Boleh Meragut Nyawa? Ini Jawapan Dr Malar

Benarkah Berdengkur Boleh Meragut Nyawa? Ini Jawapan Dr Malar

Dr Malar berkata, ruang saluran pernafasan yang sempit menyebabkan berlakunya kesukaran udara untuk masuk dan keluar adalah punca berlakunya dengkuran ketika tidur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berdengkur merupakan satu bunyi yang terhasil semasa seseorang sedang tidur, tidak dinafikan ia boleh mengganggu individu lain.

Pun begitu, ramai yang beranggapan bahawa berdengkur ini adalah sesuatu perkara biasa yang boleh terjadi kepada sesiapa.

Namun, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal kerana berdengkur bermaksud seseorang itu tidak bernafas dengan sempurna semasa tidur dan boleh meragut nyawa.

Saluran pernafasan yang sempit jadi punca dengkuran

Doktor perubatan dan influencer, Dr Malar menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok miliknya berkata, bunyi dengkuran terhasil disebabkan ruang saluran pernafasan yang sempit menyebabkan berlakunya kesukaran udara untuk masuk dan keluar.

“Sepatutnya bila kita tarik nafas dan lepas nafas, walaupun ketika tidur, udara tarik dan hembus nafas ini mestilah melalui saluran pernafasan yang cukup ruangnya untuk udara itu masuk dan keluar.

“Tapi kalau ruang itu menjadi sempit, udara masuk dan keluar akan jadi susah dan udara itu akan bergesel dengan saluran pernafasan menyebabkan berlakunya bunyi dengkuran,” katanya.

Boleh meragut nyawa jika saluran pernafasan tertutup sepenuhnya

Menurutnya, jika seseorang yang sedang berdengkur secara tiba-tiba senyap, ia bermakna saluran pernafasan yang sempit itu telah tertutup sepenuhnya menyebabkan individu berkenaan tidak lagi bernafas.

“Ini jugalah yang menyebabkan ramai orang yang berdengkur meninggal dunia di dalam tidur sebab bila bunyi dengkuran berhenti, bermakna dia berhenti bernafas,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata berdengkur bukanlah bermaksud seseorang itu tidur dengan nyenyak, sebaliknya tidak mendapat kualiti tidur yang baik menyebabkan rasa mengantuk di siang hari.

Punca saluran pernafasan sempit

Menurutnya lagi, ada banyak sebab yang menjadi punca terhadap saluran pernafasan yang sempit antaranya adalah hidung tersumbat akibat selesema, resdung, tulang hidung patah, atau rongga hidung terlampau sempit.

Kata Dr Malar, ketumbuhan dalam hidung, tonsil terlampau besar, rahang terlalu sempit dan masalah obesiti juga antara punca lain saluran pernafasan menjadi sempit.

Berdengkur boleh menyebabkan komplikasi kesihatan

Kongsinya lagi, berdengkur atau dipanggil ‘sleep apnea’ ini juga boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kesihatan yang lain jika ia kerap berlaku.

Antara komplikasi kesihatan itu adalah seperti berikut:

  • Darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Angin ahmar
  • Kencing Manis

Cara bantu orang yang berdengkur ketika tidur

Menurut Dr Malar lagi, orang yang berdengkur ini perlukan sokongan dan bantuan rawatan bukannya gelak tawa daripada orang ramai.

“Nak tolong orang yang berdengkur ini benda paling senang sekali adalah tolong tukarkan posisi dia tidur, bagi dia tukar posisi dengan harapan supaya salur pernafasan boleh terbuka kembali.

“Kalau dia tengah berdengur ataupun senyap macam tak bernafas, kejutkan dan suruh dia betulkan posisi dan tidur balik dengan keadaaan yang lebih selesa,” ujarnya.

https://www.tiktok.com/@drmalarss/video/7434369238481079568

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd