Tular Pelancong Dari China Baling Jubah Di Masjid Putra, Ini Respon JAKIM
Ketua Pengarah JAKIM menerusi satu kenyataan mendedahkan beberapa kon di Masjid Putra turut dilanggar atau disepak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia merupakan antara negara yang sering menjadi pilihan pelancong khususnya dari luar negara.
Ini kerana keindahan pulau dan variasi makanan merupakan antara perkara yang sering menjadi tarikan pelancong.
Tidak hanya itu, kecantikan seni bina seperti yang terdapat di Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya turut menjadi sebab mengapa pengunjung gemar melancong ke Malaysia.
Namun baru-baru ini, tular di media sosial tindakan biadap seorang pelancong dari negara China yang membaling jubah kepada petugas ketika berkunjung ke Masjid Putra.
Perbuatan itu nyata menarik perhatian ramai hingga ada yang mengecam dan meminta pihak berkaitan mengambil tindakan berhubung video yang tular itu.
sikap pelancongsikap pelancong di Masjid Putra Putrajaya yang last tu berak dalam masjid 📸 atie1996
Posted by Kau Layankan Ajer on Sunday 3 November 2024
JAKIM Lakukan Siasatan, Tindakan Susulan Mengikut Undang-Undang Akan Diambil
Terbaharu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Shuaimee menjelaskan pihaknya mengambil maklum berhubung insiden berkenaan yang tular di media sosial.
Susulan daripada itu, pihak pengurusan Masjid Putra telahpun menjalankan siasatan dan tindakan akan diambil ekoran kejadian berkenaan.
“JAKIM mengambil perhatian sebuah video yang tular di media sosial yang memaparkan perlakuan pelancong China yang kurang sopan ketika melakukan lawatan di Masjid Putra, Putrajaya.
“Pelancong China tersebut dilihat telah membaling jubah ke arah Pengawal Keselamatan Masjid Putra dan beberapa kon telah dilanggar atau disepak.
“Pihak pengurusan masjid telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan lunas undang-undang dan peraturan berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sentiasa Mengalu-Alukan Kunjungan Orang Ramai
Pada masa yang sama, Sirajuddin menjelaskan pihak Masjid Putra sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong.
Pun begitu, kunjungan tersebut perlulah mematuhi Garis Panduan Pelancongan dan Lawatan Ke Masjid Putra, Putrajaya seperti yang tertera di laman web rasmi Masjid Putra bagi mempromosikan mesej keindahan dan keharmonian Islam sejagat.
Namun, mereka juga tidak akan berkompromi dengan perbuatan tidak beradab yang boleh mencemarkan kesucian rumah Allah.
KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKAITAN PERLAKUAN PELANCONG CHINA YANG KURANG SOPAN KETIKA…
Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM on Monday 4 November 2024
Pengawal Keselamatan Mohon Maaf, Niat Hanya Sekadar Perkongsian
Dalam pada itu, seorang lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan yang bertugas ketika insiden berkenaan telah tampil memberi penjelasan berhubung insiden yang berlaku pada 2 November lalu.
Dia turut memohon maaf kerana berkongsi video berkenaan di media sosial. Jelasnya, perkongsian video di akaun TikTok miliknya hanyalah sekadar hantaran biasa dan dia tidak menjangka video tersebut akan tular.
Malah, dia turut menjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram