Syarikat China Tawar Percutian Ke Angkasa Lepas, Tiket Serendah RM915,921 Sahaja
Deep Blue Aeropspace menawarkan tiket itu yang sudah mula dijual pada petang semalam (24 Oktober) dan merancang untuk menyediakan lebih banyak tiket lagi pada bulan November hadapan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebanyakan kita pasti sudah mengetahui tentang planet-planet lain yang ada di alam semesta ini selain daripada bumi, bulan dan matahari.
Tidak hanya itu, sejak dibangku sekolah lagi kita sudahpun diajar dalam subjek sains tentang angkasa lepas dan bagaimana ia berfungsi.
Pun begitu, sehingga hari ini tidak semua orang mampu pergi ke sana meskipun mempunyai duit yang banyak kerana hanya angkasawan yang dilatih khas sahaja boleh menjelajahi ruang angkasa lepas.
Syarikat pemula China jual dua tiket bawa penumpang ke angkasa lepas pada 2027
Namun kini, impian untuk melawati angkasa lepas bukan lagi mimpi yang tak boleh dikecapi selepas beberapa syarikat aeroangkasa menawarkan servis pelancongan luar biasa itu.
Baca Artikel Berkaitan: Elon Musk Rancang Bina ‘Bahtera Nabi Nuh’ Versi Moden, Mahu Bawa 1 Juta Manusia Ke Marikh
Terbaharu, syarikat pemula China ini pula menawarkan tiket penerbangan ke angkasa lepas kepada orang ramai.
Syarikat yang dikenali sebagai Deep Blue Aerospace itu kelmarin (23 Oktober) berkata pihaknya akan menjual dua tiket sulung mereka untuk tempat duduk di dalam roket yang akan membawa penumpang ke angkasa pada 2027 nanti.
RM915,921 untuk satu tiket penerbangan ke angkasa lepas
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun X @CNSpaceflight, syarikat berkenaan akan mengenakan bayaran sebanyak 1.5 juta yuan (kira-kira RM915,921) untuk pengalaman berkenaan.
Deep Blue Aeropspace menawarkan tiket itu yang sudah mula dijual pada petang semalam (24 Oktober) dan merancang untuk menyediakan lebih banyak tiket lagi pada bulan November hadapan.
Penumpang akan dibawa dalam penerbangan suborbital, bermakna roket akan sampai ke angkasa lepas tetapi tidak memasuki orbit.

Roket boleh guna semula adalah penting untuk kurangkan kos pelancaran
Menurut syarikat itu, roket boleh guna semula adalah penting untuk mengurangkan kos tinggi pelancaran yang melarang pengkomersialan besar-besaran pelancongan angkasa lepas.
Deep Blue Aerospace berkata, pihaknya merancang untuk mendapatkan semula roket pembawa dari orbit pada suku pertama 2025 nanti.
Selain Deep Blue Aerospace, terdapat juga syarikat China lain yang mengumumkan perancangan untuk menceburi sektor pelancongan angkasa lepas.
CAS Space juga akan lancar pelancongan ke angkasa lepas pada 2028 nanti
Pada bulan Mei lalu, CAS Space berkata ia akan melancarkan penerbangan pelancongan angkasa lepas menjelang 2028 dan perkara itu mendapat sokongan kerajaan negara tanah besar itu.
Sekadar info, industri penerbangan penumpang komersial ke angkasa lepas berada di peringkat permulaannya dengan syarikat Amerika Syarikat (AS) seperti Blue Origin dan SpaceX paling awal menerajui pasaran berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Kolaborasi Prada & Axiom Space Perkenal Sut Untuk Angkasawan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



