Now Reading
Lelaki Ini Didenda RM800 Lepas Tampar Wanita Sebab Bergaduh Isu Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’

Lelaki Ini Didenda RM800 Lepas Tampar Wanita Sebab Bergaduh Isu Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’

Mengikut pertuduhan, Nurhaqimi didakwa mencederakan teman wanitanya di sebuah kedai haiwan peliharaan yang terletak di Jalan Parit Bilal kira-kira jam 12.15 tengahari pada 10 Oktober lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dunia percintaan sememangnya indah. Buat individu yang sedang bercinta, tidak sah kalau tak menghubungi pasangan mereka pada setiap hari.

Ada sahaja kisah yang ingin diceritakan. Jika pasangan sedang sibuk, cukuplah sekadar ucapan selamat malam atau selamat pagi sebagai pengubat rasa rindu dan tanda ingatan.

Jika teman lelaki atau teman wanita tidak membalas mesej yang dihantar, pasti timbulnya persoalan hingga kadangkala boleh menjadi punca pergaduhan.

Cederakan Teman Wanita Lepas Bergaduh Isu Tak Balas Mesej

Namun, siapa sangka salah faham tersebut berakhir dengan kecederaan apabila seorang lelaki berusia 20 tahun tergamak menampar teman wanitanya selepas pasangan itu bergaduh gara-gara si teman lelaki tidak membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

Tertuduh, Muhamad Nurhaqimi Harun dihadapkan ke Mahkamah Majisret Batu Pahat Johor pada hari ini atas pertuduhan mencederakan teman wanitanya.

Nurhaqimi yang merupakan seorang penjaga stor mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Didakwa Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Mengikut pertuduhan, Nurhaqimi didakwa mencederakan teman wanitanya yang juga berusia 20 tahun di sebuah kedai haiwan peliharaan yang terletak di Jalan Parit Bilal kira-kira jam 12.15 tengahari pada 10 Oktober yang lalu.

Dia kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2000 atau kedua-duanya sekali.

Berlaku Perang Mulut Sebelum Tampar Teman Wanita

Mengikut fakta kes, teman wanita tertuduh telah datang ke tempat kerjanya bagi menghantar makanan tengah hari.

Hasil siasatan polis mendapati berlaku perang mulut antara pasangan itu kerana wanita tersebut tidak berpuas hati apabila mesej ‘Good Morning Sayang’ yang dihantarnya tidak di balas oleh tertuduh.

Suasana mula bertukar menjadi tegang apabila tertuduh berang lalu menampar pipi kiri mangsa hingga cedera ringan.

Ekoran insiden tersebut, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) serta membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Johor.

Tertuduh Dijatuhi Hukuman Denda RM800

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Shariff.

Setelah mendengar hujah dan rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 terhadap tertuduh atau penjara 14 hari jika gagal membayar denda.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd