[Video] Tindakan Lelaki Balas Lampu Tinggi Pada Kereta ‘High Beam’ Sepanjang Jalan Buat Ramai Puas Hati
Tindakan menggunakan ‘high beam’ itu untuk menyedarkan pemandu berkenaan bahawa penggunaan lampu tinggi itu telah menyebabkan pemandangan pengguna jalan raya yang lain menjadi silau.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Fungsi lampu suluh tinggi (high beam) yang ada pada setiap kenderaan adalah untuk kegunaan ketika tiada kenderaan di hadapan sama ada dari arah bertentangan atau halaun sama sewaktu menyusuri jalan gelap.
Pun begitu, masih ada segelintir pemandu yang tidak tahu waktu yang sesuai untuk menggunakan lampu suluh tinggi ini sehingga mewujudkan situasi silau atau buta seketika kepada pemandu yang lain.
Selain ‘high beam’, ada pula sesetengah pemandu yang mengubah suai kenderaan mereka dengan menggunakan lampu jenis High Intensity Discharge (HID) OEM atau bukan dari kilang yang kebiasaannya akan menganggu pengguna jalan raya yang lain kerana ia menyebabkan pandangan menjadi silau.
Tular kereta didakwa nyalakan ‘high beam’ sepanjang jalan, hingga ganggu pemandu lain
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kereta didakwa menggunakan ‘high beam’ pada tempat dan waktu yang tidak sepatutnya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kekdee, kelihatan kereta jenis Perodua Axia berwarna kuning itu menyalakan lampu putih yang sangat terang sepanjang jalan sehingga menganggu pemandu yang lain.
“Dia tak fikir ke high beam ni buat sakit mata? Nanti bila dah kena ‘high beam balik tahu marah, nanti kalau orang tegur tak boleh terima,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Balas lampu tinggi balik semasa mengekori dari belakang
Susulan itu, seorang pemandu lelaki yang terganggu dengan lampu terbabit telah bertindak memberikan ‘high beam’ kepada pemandu Axia berkenaan semasa dia mengekorinya daripada belakang.
Tindakan terbabit dilakukan untuk menyedarkan pemandu berkenaan bahawa penggunaan lampu tinggi itu telah menyebabkan pemandangan pengguna jalan raya yang lain menjadi silau.
“Haa macam ini kau tembak (high beam) orang, macam ini aku bagi balik. Itu ubat aku bagi dekat kau,” kata pemandu lelaki itu.
Dalam video terbabit, kelihatan pemandu Axia berkenaan mengubah laluannya ke kiri dipercayai kerana pandangannya menjadi silau dengan lampu tinggi yang diberikan oleh lelaki terbabit.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada pemandu Axia itu sememangnya menyalakan ‘high beam’ atau telah menukarkan lampu keretanya kepada jenis HID.
Ramai puas hati tindakan lelaki itu beri ‘high beam’ semula
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki terbabit.
Kebanyakan mereka juga turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi yang sama semasa sedang memandu.
Kepada semua pemandu di luar sana, tolong jangan pentingkan diri dengan guna lampu HID atau beri ‘high beam’ sepanjang jalan, kesian kepada pengguna jalan raya yang lain kerana sakit mata dan silau.
Keadaan silau yang teruk juga boleh menyebabkan kemalangan.
Berikut komen yang diberikan pengguna TikTok:
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.