Now Reading
[Video] Tular Prank Sambut Birthday Rakan Ketika Minggu Orientasi, Fasilitator Tampil Mohon Maaf

[Video] Tular Prank Sambut Birthday Rakan Ketika Minggu Orientasi, Fasilitator Tampil Mohon Maaf

Video permohonan maaf fasilitator berkenaan dikongsikan oleh seorang individu dipercayai mahasiswa baharu di universiti di Segamat, Johor itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai sesi orientasi pelajar baharu di salah sebuah universiti awam yang terletak di selatan tanah air.

Ia mula menjadi perhatian ramai apabila kumpulan fasilitator berkenaan melakukan ‘prank’ sempena sambutan hari jadi salah seorang rakan mereka di hadapan pelajar baharu.

Walau bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikecam kerana ianya dilihat tidak bersesuaian memandangkan ia dilaksanakan ketika sesi bersama mahasiswa baru tersebut.

Malah, ia turut menarik perhatian pensyarah daripada universiti awam lain yang berpandangan minggu orientasi sedemikian tiada hala tuju.

Fasilitator Mohon Maaf, Akui Kesilapan

Terbaharu, individu yang merupakan fasilitator dari sebuah universiti di Segamat, Johor telah memohon maaf di hadapan pelajar baharu yang mendaftar masuk ke situ.

Menerusi video yang dikongsikan salah seorang pelajar di akaun TikTok @ms.ezad25, individu tersebut mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

“Untuk kali terakhirnya, saya mengaku kesilapan saya. Pertama kali, mungkin kandungan saya buat itu tak berapa sesuai.

“Apa-apapun saya mengakui memang itu kesalahan yang kita tak dapat nak nafikan,” katanya.

Malah, dia turut menyatakan tanggapan netizen terhadap dia dan pelajar universiti berkenaan dirasakan tidak sesuai.

“Saya minta maaf dari pihak saya dan saya mewakili keseluruhan Pemimpin Mahasiswa (PM) kerana tindakan saya menyebabkan nama PM, nama anda semua mungkin tercalar.

“Saya harapkan Minggu Destini Siswa (minggu orientasi) Segamat ini menjadi kenangan untuk anda semua,” katanya lagi.

Tidak Menyalahkan Orang Yang Tularkan Video

Walaupun dia menyedari insiden berkenaan berpunca daripada salah seorang pelajar baharu yang memuat naik video tersebut di media sosial, namun, dia tidak menyalahkan pelaku berkenaan.

“Walaupun saya tahu mungkin daripada kita tersilap untuk memviralkan video tersebut, cuma saya mengharapkan semua, kita ni satu family.

“Saya buat silap, dia pun buat silap. Antara kita pun ada kesilapan. Saya harap mulai hari ni kita memaafkan antara satu sama lain,” katanya lagi.

Ada Fasilitator Mencelah, Minta Rekod Permohonan Maaf

Selain daripada permohonan maaf, antara perkara lain yang turut mencuri perhatian adalah apabila ada seorang fasilitator wanita yang mencelah dan menjerit kepada mahasiswa baru agar merakam permohonan maaf tersebut.

“Rekod, time ni lah nak rekod,” katanya.

https://www.tiktok.com/@ms.ezad25/video/7421506733765315848

Pelajar Yang Tularkan Video Turut Mohon Maaf

Pada masa yang sama, pelajar yang dipercayai telah menularkan video berkenaan turut memohon maaf dan tampil memberi penjelasan menerusi akaun TikTok miliknya, @zeyysss.

Jelas individu berkenaan, tindakannya yang merakam video tersebut adalah kerana dia dapat menjangka bahawa prank tersebut hanyalah gurauan.

Malah, perbuatannya yang memuat naik video berkenaan hanyalah sekadar untuk menyimpan kenangan sepanjang tempoh Minggu Destini Siswa (MDS).

“Saya, pemilik kepada akaun Hamba Allah dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan video yang telah saya rekod dan muat naik berkaitan isu di UiTM Segamat.

“Saya sedar tindakan saya telah menimbulkan salah faham dan kegusaran di kalangan pihak tertentu.

“Saya ingin menegaskan bahawa mereka juga meraikan dan menyambut hari lahir (pelajar) sepanjang MDS tersebut dan bukan hanya meraikan hari lahir fasilitator semata-mata.

“Malah, kek turut disediakan untuk pelajar yang menyambut hari lahir mereka sepanjang program sebagai tanda penghargaan dan semangat kekeluargaan yang ingin kami terapkan.

“Saya juga mohon maaf kerana muat naik video yang tidak lengkap yang mungkin telah menimbulkan salah faham terhadap situasi sebenar,” tulisnya.

@zeeyysss

Permohonan maaf daripada saya selaku pemilik akaun dan selaku individu yang merakam dan upload video tersebut di media sosial. #flyhighwithuitmsg #terbangbersamauitmcj #fypシ #xyzbca

♬ original sound – hamba allah – hamba allah

Pengguna Media Sosial Mohon Isu Tular Dijadikan Pengajaran, Ada Yang Berpendapat Bukan Salah Individu Muat Naik Video

Video yang telah mendapat lebih 360,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-ratan mereka merasakan fasilitator itu seharusnya menjadikan isu berkenaan sebagai satu pengajaran.

Malah, ada yang merasakan kesalahan bukanlah berpunca daripada mahasiswa baharu yang memuat naik video tersebut.

Namun, warganet turut mempersoal tindakan seorang lagi fasilitator wanita didalam video permohonan maaf itu yang seakan ‘memerli’ dengan menyuruh pelajar lain membuat rakaman pada ketika itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Jadikan Pengajaran & Bijak Gunakan Media Sosial, Yang Kakak Belajar Baju Biru Tu, Minta Maaf Dengan Ikhlas Ya”

“Kenapa Yang Rekod Pula Yang Silap”

“Dia Macam Baru Nak Buang Yang Keruh Tapi Tiber Akak Tu Jatuh Terus Kutip Balik”

“Sekarang Dah Nampak Sisi Gelap UITM Segamat”

“Lahhh Kenapa Dia (Perakam Video) Pula Yang Minta Maaf?”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd