Now Reading
Penggiat Hotel Di Malaysia Cadang Kenakan Caj Dalam US$ Kepada Warga Asing

Penggiat Hotel Di Malaysia Cadang Kenakan Caj Dalam US$ Kepada Warga Asing

Dalam pada itu, MAHO juga menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika sebelum ini, tular di media sosial mengenai tindakan segelintir pihak hotel yang menetapkan waktu daftar masuk (check-in) bermula 4 petang dan keluar (check-out) seawal 11 pagi.

Perkara itu mencetuskan topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial dengan rata-rata mereka meluahkan rasa tidak adil bagi pelanggan kerana tempoh penginapan agak singkat.

Baca Artikel Berkaitan: “Check-In 4 PM, Check-Out Pukul 11 AM”- Ramai Tak Puas Hati Waktu Daftar Masuk & Keluar Segelintir Hotel

Penggiat industri hotel gesa kerajaan tangani kadar caj rendah

Terbaharu, kalangan penggiat industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.

Mereka berharap agar perkara berkenaan dibangkitkan dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan pada 18 Oktober ini.

Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M Saaid berkata, hal ini kerana kadar caj bilik hotel di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara jiran.

Menurutnya, sebagai contoh, hotel lima bintang di rantau ini mengenakan bayaran US$400-500 (kira-kira RM1,600 hingga RM2,075) semalam, manakala hotel di Malaysia dalam kategori sama pula hanya mengenakan caj RM320-450.

“Persatuan berpendapat kadar sewa bilik hotel ini perlu mencerminkan standard serta reputasi jenama hotel di Malaysia dalam usaha untuk kekal berdaya saing,” katanya dipetik Harian Metro.

MAHO cadang pertimbang langkah kenakan caj dolar AS kepada warga asing

Menurutnya lagi, MAHO turut mencadangkan supaya hotel-hotel di Malaysia mempertimbangkan langkah mengenakan bayaran caj dalam dolar Amerika Syarikat (AS) untuk warga asing.

Bagaimanapun jelasnya, tindakan terbabit tidak melibatkan pelancong tempatan yang akan terus menikmati bayaran dalam ringgit.

Ujar Shaharuddin, langkah itu dapat membantu hotel dari segi menjana pendapatan lebih besar atau menyediakan peruntukan lebih besar bagi tujuan penyelenggaraan selain baik pulih serta pampasan untuk pekerja.

Isu lain yang dibangkitkan MAHO

MAHO juga membangkitkan kebimbangan mengenai peningkatan kos bagi tujuan menjalankan perniagaan, peningkatan gaji minimum kepada RM1,500 dan pengurangan tempoh waktu bekerja mingguan yang akan menjejaskan kewangan hotel

Sehubungan itu, Shaharuddin berkata, MAHO merayu agar kenaikan gaji minimum itu ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya 2026 bagi membolehkan industri benar-benar pulih daripada impak pandemik Covid-19.

Persatuan itu juga berusaha mendapatkan semakan semula insentif Status Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan yang ketika ini hanya melibatkan pembangunan hotel baharu hingga yang berstatus tiga bintang.

“MAHO meminta agar hotel empat dan lima bintang turut disenaraikan dalam insentif bagi mempromosi pelancongan mewah serta menarik kehadiran pelancong yang banyak berbelanja,” katanya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel menyatakan pemilik hotel atau inap desa bebas menentukan waktu daftar masuk dan keluar mengikut kesesuaian serta kemampuan masing-masing.

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Hotel Atau Inap Desa Bebas Tetapkan Waktu ‘Check In’ – Presiden Persatuan Hotel Bajet

Baca Artikel Berkaitan: Hotel Di Kelantan Kekal Waktu Check-in Antara 2 & 3 Petang, Check-out 12 Tengah Hari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd