Semua Institusi TVET MARA Akan Ditekankan Asas Agama & Fardu Ain – Dr Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Mara menerusi satu hantaran di Facebook berkata dia dia terkejut apabila menyedari ada pelajar yang mempunyai masalah apabila diuji tentang dua kalimah syahadah dan solat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Agama sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian individu.
Ia menjadi pegangan dan panduan serta mampu membentuk peribadi yang baik seorang insan.
Kepentingannya juga dapat dilihat apabila ajaran dan amalan agama telah mula diajar sejak kecil lagi melalui pendidikan di rumah mahupun di institusi pendidikan itu sendiri.
Mahu Pelajar Kuasai Asas Agama, Modul Khas Agama Diperkenalkan
Terbaharu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan dia mahu kesemua institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawahnya menekankan asas fardu ain seperti Tahsin solat.
Jelasnya menerusi satu hantaran di Facebook, dia terkejut apabila menyedari ada pelajar yang mempunyai masalah apabila diuji tentang dua kalimah syahadah dan sembahyang.
“Saya terkejut bila ada juga pelajar yang masuk GiatMARA dan Institut Kemahiran (IKM), bila uji syahadah dan solat pun tunggang langgang,” tulisnya.
Telah Adakan Perbincangan Bersama Bahagian Pendidikan MARA
Tambahnya, dia mahu setiap pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pendidikan bawah MARA diberi pendidikan tentang asas agama.
“Dalam perbincangan saya dengan Bahagian Pendidikan Mara, memandangkan kerajaan telah mula mengarus-perdanakan dasar TVET di mana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah setaraf dengan SPM, pelajar-pelajar yang tidak melalui pendidikan arus perdana atau kumpulan ‘drop-out’ atau yang tercicir hampir 100 ribu pelajar yang diberi peluang menyambung pengajian di Giatmara umpamanya mesti dicanai juga aspek asas-asas agama.
“Ini kerana ada juga bila diuji, yang tidak fasih mengucap syahadah bahkan solat pun masih caca merba.
“Justeru, saya telah meminta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara untuk mewujudkan jawatankuasa menggubal modul khas agama bagi memantapkan dan memperkasakan asas-asas agama termasuk aqidah dan fardu ain,” tulisnya menerusi ruangan komen.
Selain itu, modul khas itu akan ditambah dengan kemahiran asas seperti pengurusan jenazah yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam komuniti masyarakat di lokaliti masing-masing.
“Modul ini boleh dimasukkan dalam kurikulum TVET di semua institusi pendidikan Mara seperti GiatMara, Institut Kemahiran Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Malaysian-Japanese Industrial Institute dan German Malaysia Institute.
“Mara mahu melahirkan generasi TVET yang holistik dan seimbang teradun dengan empat elemen RISE (Religion, Innovation, Skill and Entrepreneurship). Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Semua institusi TVET MARA akan juga ditekankan asas-asas agama Fardu Ain seperti tahsin solat. Terkejut saya bila ada juga pelajar yang masuk GiatMARA, IKM bila uji syahadah dan solat pun tunggang-langgang.
Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Monday 30 September 2024
Pengguna Media Sosial Sambut Baik Penerapan Modul Khas Agama
Hantaran tersebut nyata mendapat maklum balas positif daripada pengguna media sosial.
Rata-ratanya memuji tindakan Dr Asyraf Wajdi yang dilihat mementingkan agama dalam pendidikan.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Ini Saya Suka, Semoga Makin Ramai Pemimpin Berjiwa Seperti Datuk”
“Sangat Setuju, Zaman Sekarang Perlu Ditekankan Fardhu Ain & Solat, Nampak Simple”
“Terbaik Dr. Satu Usaha Yang Murni. Apa Gunanya Berjaya Di Dunia Sekiranya Tidak Mengenal Sang Pencipta”
Baca Artikel Berkaitan: “Tanpa UPSR, Sukar Nilai Keupayaan & Potensi Sebenar Pelajar” – Pengerusi MARA
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengerusi MARA Terjah Kantin MRSM, Respon Tidak Profesional Pengusaha Kantin Buat Ramai Ternganga
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.