Now Reading
Isu Fitnah Berhubung Penceraian: Fazura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Isu Fitnah Berhubung Penceraian: Fazura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Menurut peguam syarie yang mewakili Fazura, pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 13 September lalu, peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai pelakon wanita popular, Fazura yang memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin yang juga aktor terkenal.

Fazura memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Namun, punca penceraian pasangan itu tidak didedahkan.

Walau bagaimanapun, wujud khabar angin yang dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab berhubung isu terbabit antaranya curang dan lain-lain.

Baca Artikel Berkaitan: Selepas 7 Tahun Di Alam Perkahwinan, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Fazura Bakal Ambil Tindakan, Kenal Pasti Individu Sebar Fitnah

Terbaharu, Fazura akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang menyebarkan fitnah berhubung isu penceraiannya itu.

Menurut peguam syarie yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan, anak guamnya terkilan dengan kenyataan fitnah yang dilemparkan dan telah mengenal pasti individu yang terlibat.

“Kami sudah kenal pasti empat hingga lima pihak dan akan ambil tindakan terhadap yang memulakan kenyataan.

“Pihak pengurusan terkilan dengan kenyataan yang memfitnah Fazura. Kami tidak biarkan isu sebegini dibangkitkan,” katanya yang dipetik daripada mStar.

Tidak Pernah Keluarkan Sebarang Kenyataan Berhubung Isu Cerai

Tegas Fakhrul, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk punca penceraian.

Ini sekali gus menafikan dakwaan adanya perbuatan curang hingga berlaku kemelut rumah tangga antara pasangan itu.

“Alasan bercerai ada dalam fail mahkamah. Fazura dan Fattah tidak pernah memberikan sebarang kenyataan tentang kehidupan rumah tangga. Kita cuba nak selesaikan tanpa mengaibkan mana-mana pihak.

“Fazura tak pernah buat kenyataan curang. Buat masa ini atas dasar tiada persefahaman,” katanya lagi.

Akan Buat Laporan Polis & SKMM Dalam Masa Terdekat

Memetik Sinar Harian, Fakhrul menjelaskan pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Susulan itu, kita akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk saman sivil, secepat mungkin,” katanya.

Tiada Lafaz Cerai Dibuat Oleh Fattah Hari Ini

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Fattah Amin Zulkifli Che Yong, anak guamnya belum bersetuju untuk melepaskan isteri dalam sebutan kes permohonan cerai yang diadakan pada hari ini (25 September).

Jelas Zulkifli, tidak wajar untuk Fattah menyatakan sebarang fakta di sebaliknya kerana ia akan memprejudiskan kes yang sedang berlangsung pada ketika ini.

“Setakat ini, Fattah belum bersedia atau bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya. Ini kerana, usaha sedang dilakukan untuk memuktamadkan terma bagi menyelesaikan isu.

“Adalah perlu menyelesaikan terma berkenaan sekiranya mahu isu ini diselesaikan secara baik agar tidak dipanjangkan lagi perkara yang belum selesai,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Fattah Belum Sedia Lafaz Cerai

Fattah ketika ditemui di luar mahkamah menjelaskan dia masih sayangkan Fazura dan percaya masih ada sinar untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Malah, dia mengakui tiada melafazkan talak.

“Saya memohon orang ramai terus mendoakan yang terbaik. Saya masih sayangkan Fazura.

“Tidak terjadi perkara itu (melafazkan talak) hari ini,” kata Fattah dipetik Berita Harian.

Perbicaraan selanjutnya akan berlangsung pada 7 Oktober depan.

Untuk info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata Perempuan berusia empat tahun.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd