Banduan Lari Dari Hospital Sungai Buloh: Jabatan Penjara & PDRM Tubuh Pasukan Pencarian
Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan banduan yang dikenali sebagai Kalai Kumar Anandan melarikan diri ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh pada 18 September lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (19 September), kami ada melaporkan berita mengenai seorang banduan lelaki yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada 18 September lalu.
Kehilangan banduan dari Penjara Sungai Buloh yang dikenali sebagai Kalai Kumar Anandan dimaklumkan oleh pihak hospital selepas dia disyaki melarikan diri setelah mendapati dia tiada dikatilnya ketika menerima rawatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, polis kini sedang giat memburu banduan berusia 27 tahun itu yang mempunyai lapan rekod membabitkan kes jenayah dan kesalahan narkotik.
Jabatan Penjara Kerjasama Dengan PDRM, Tubuh Pasukan Pencarian
Terbaharu, Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan pencarian bagi mengesan banduan lelaki yang melarikan diri itu.
Jabatan Penjara Malaysia melalui satu kenyataan semalam (19 September) mengesahkan banduan berkenaan melarikan diri ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh pada 18 September jam 3.30 petang.
“Lembaga Siasatan juga ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian itu. Sehingga kini, usaha pencarian sedang dilakukan dan diluaskan ke kawasan lain.
“Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, jabatan ini tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya.
Mohon Kerjasama Orang Awam Salurkan Maklumat
Pada masa yang sama, Jabatan Penjara Malaysia meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai info mengenai individu yang mencurigakan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Penjara Sungai Buloh di talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 untuk tindakan lanjut.
“Jabatan Penjara Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya lagi.
Butiran terperinci banduan adalah seperti berikut:
- Nama: Kalai Kumar a/l Anandan
- Jantina: Lelaki
- Ketinggian: 169 cm
- Berat: 70 kg
- Mempunyai tatu di bahagian dada lambang crown (mahkota)
KENYATAAN MEDIA JABATAN PENJARA MALAYSIA – KES KELARIAN BANDUAN REMAN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH Jabatan Penjara Malaysia…
Posted by Jabatan Penjara Malaysia on Thursday 19 September 2024
Baca Artikel Berkaitan: Banduan Penjara Sungai Buloh Larikan Diri Ketika Terima Rawatan Di Hospital
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram