Tanah Berdekatan KLCC Dijual Dengan Harga RM69 Juta Bikin Ramai Terkedu
Tanah tersebut yang terletak di belakang pusat membeli-belah Avenue K dan berhampiran KLCC dijual pada harga RM4,500 bagi setiap kaki persegi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hartanah sememangnya merupakan suatu yang amat bernilai tinggi, lebih-lebih lagi di tengah-tengah kota ibu negara, Kuala Lumpur.
Kebiasaannya, harga hartanah akan berubah mengikut kedudukannya sama ada berdekatan dengan lokasi-lokasi utama atau stesen pengangkutan awam seperti LRT dan MRT.
Sesetengah individu sanggup mengeluarkan kos yang tinggi demi mendapatkan lokasi yang selesa dan mudah akses, berbanding hartanah yang murah dan terletak jauh dari lokasi utama.
Tanah Berhampiran KLCC Dijual Pada Harga RM69 Juta
Baru-baru ini, tular apabila sebuah tanah seluas 0.356 ekar (sekitar 15,500 kaki persegi) di belakang pusat membeli-belah Avenue K yang berdekatan KLCC dibuka untuk jualan.
Difahamkan terdapat sebuah rumah banglo yang telah usang dan telah lama dibiarkan kosong di tanah tersebut.
Namun apa yang mengejutkan orang ramai adalah harga jualannya diletakkan pada RM69 juta! Ini bermakna ia memakan kos sebanyak RM4,500 bagi setiap kaki persegi.
“Baik Beli Pulau” – Pengguna X
Harga yang diletakkan bagi tanah tersebut mengejutkan rata-rata pengguna media sosial yang berasa tidak berbaloi untuk membeli hartanah itu.
“6.9 juta pun dah tak berbaloi, apatah lagi 69 juta. Baik beli pulau,” kata seorang pengguna X.
Namun ada juga yang merasakan harga itu berpatutan bagi pembinaan bangunan tinggi di bandar Kuala Lumpur.
Beberapa individu berkata tanah tersebut boleh diubah menjadi tempat letak kenderaan untuk mengait keuntungan. Namun ada yang berpendapat ia akan memakan masa yang panjang untuk mendapat semula pulangan modal.
“Mesti Rumah Dalam Cerita Kampung Boy” – Pengguna X
Banglo usang yang terletak di tanah itu juga diselubungi misteri apabila ada individu yang mendakwa dia pernah melihat seorang wanita Cina bersama anjingnya pulang ke rumah tersebut, walhal ia telah lama kosong.
Seorang individu berkata terdapat rumah lain di sebelah banglo tersebut yang dijadikan sebagai taska bagi anak-anak pekerja Khazanah sewaktu pejabatnya masih berada di KLCC.
Beberapa orang pengguna X juga berseloroh bahawa ia merupakan rumah di dalam cerita ‘Kampung Boy’ yang bakal diubah menjadi perpustakaan di tengah-tengah kota metropolitan.
Malah seorang individu mendakwa bahawa pemilik banglo tersebut telah beberapa kali menerima pampasan daripada pihak Avenue K akibat sisa pembinaan yang jatuh ke kawasan kediaman itu.
Tanah RM69 Juta Bersaiz 2.46 Ekar Dijual Pada April
Timbul perdebatan jika harga tersebut berbaloi dengan saiz dan lokasi hartanah itu. Namun di Kuala Lumpur, nilai lokasi seringkali melebihi saiz hartanah itu sendiri.
Sebagai konteks, harga tanah di sekitar kawasan KLCC berbeza, dengan laporan yang menunjukkan nilai RM1,100 bagi setiap kaki persegi, yang bersamaan dengan sekitar RM4.78 juta setiap ekar.
Pada April tahun ini, sebuah tanah pegangan bebas di Kuala Lumpur dengan keluasan 2.46 ekar telah dibeli pada harga RM69.18 juta oleh Eupe Corp Bhd bagi pembinaan bangunan tinggi.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.