Now Reading
Bolehkah Wanita Baca Al-Quran Tanpa Pakai Tudung? Ini Penjelasannya

Bolehkah Wanita Baca Al-Quran Tanpa Pakai Tudung? Ini Penjelasannya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Al-Quran merupakan kitab suci yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk menjadi rujukan dan panduan kepada umat Islam.

Malah Allah SWT juga menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang sentiasa mengamalkan dan membacanya.

Apa hukum baca al-Quran tanpa pakai tudung?

Baru-baru ini, seorang individu yang tidak dikenali (unknown) telah bertanya menerusi satu platform pertanyaan apakah hukum sekiranya seorang wanita membaca al-Quran tanpa memakai tudung.

Seorang pendakwah, Ustaz Mohammad Nasrullah Che Hamid kemudiannya menjawab boleh membaca al-Quran tanpa memakai tudung.

Walau bagaimanapun sekiranya tempat tersebut adalam umum dan dikhuatiri terdapat individu yang ajnabi, maka adalah wajib buat mereka (wanita) memakai tudung.

Hukum tak tutup aurat ketika baca al-Quran adalah harus

Perkara sama turut diperjelaskan di laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan yang mana hukum asal membaca Al-Quran dalam keadaan tidak menutup aurat ialah harus.

“Hal ini kerana tidak terdapat mana-mana ayat al-Quran ataupun hadis yang menyatakan hal yang demikian.

“Namun demikian, kami tegaskan bahawa antara adab membaca al-Quran ialah menutup aurat secara sempurna sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulama, antaranya Dr. Nuh ‘Ali Salman, ahli Lajnah Darul Iftaa’ Mesir,” tulisnya dalam artikel tersebut.

Menurut Ustaz Azhar Idrus pula, hukum wanita yang menutup aurat termasuk rambutnya ketika membaca Al-Quran adalah sunat yakni mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika tidak dilakukan.

Melihat di ruangan komen terdapat juga beberapa individu yang baru mengetahui mengenai perkara tesebut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd