Now Reading
[Video] Kasut Murid Rabak, Tindakan Murni Cikgu Ini Hadiahkan Kasut Baru Raih Pujian

[Video] Kasut Murid Rabak, Tindakan Murni Cikgu Ini Hadiahkan Kasut Baru Raih Pujian

Cikgu itu telah membeli dua pasang kasut baharu berlainan saiz kerana tidak pasti saiz apakah yang dipakai anak muridnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun Malaysia merupakan negara yang sedang membangung, tidak dapat disangkal masih ramai keluarga yang hidup dalam kesusahan di negara ini.

Malah di sekolah, ramai murid-murid yang datang dari latar belakang kurang berkemampuan masih terpaksa memakai baju dan menggunakan barang-barang yang sudah lusuh.

Namun begitu, masih ada para guru yang baik hati dan membantu anak-anak muridnya yang dalam kesusahan tanpa mengharapkan sebarang balas.


Kasut Murid Lusuh Sehingga Berlubang

Satu video yang tular baru-baru ini di akaun TikTok seorang cikgu, ainaanasss (Aina), menyaksikan seorang murid yang memakai kasut sekolah dalam keadaan yang sudah terlalu lusuh.

Bukan setakat lusuh, malah tapak kasutnya juga sudah berlubang. “Kalau hujan, nanti basah keluar air kat bawah,” adu murid itu kepada cikgu tersebut.

Aina kemudiannya bertanyakan jika anak muridnya menginginkan kasut baharu.

Sumber: TikTok

Cikgu Bawa 2 Kasut Untuk Dicuba Oleh Anak Muridnya

Aina telah membawa dua pasang kasut baharu yang berlainan saiz kerana tidak pasti apakah saiz yang dipakai oleh kanak-kanak itu.

Pada mulanya murid itu mencuba kasut bersaiz 33 namun tidak muat. Apabila Aina menawarkan kasut yang lebih besar, anak muridnya tersenyum gembira.

Aina berkata rakan-rakan sekelasnya melihat murid itu mencuba kasutnya sehingga dia menjadi malu dan tidak dapat memakai kasut dengan betul, menyebabkan cikgu itu membantunya.

Dengan penuh kasih sayang, cikgu itu memesan anak muridnya agar menjaga dan memakai kasut tersebut dengan elok.

Dia kemudiannya bertanyakan jika kasut lama hendak dibuang. Namun murid tersebut masih mahu menyimpan kasut itu di rumah.

https://www.tiktok.com/@ainaanasss/video/7413306617501895954

Orang Ramai Puji Tindakan Cikgu Belikan Kasut Buat Anak Murid

Tindakan Aina menghadiahkan sepasang kasut buat anak muridnya itu menerima pujian daripada orang ramai. Ada juga yang berkata kanak-kanak itu pasti akan mengenang jasa cikgu itu buat selamanya.

“Mesti ibu ayahnya juga terharu. Mana ada parents yang tak mahu beri kesempurnaan hidup untuk anak-anak,” kata seorang individu.

Mereka turut mendoakan agar rezeki Aina dimurahkan dan bahawa setiap langkah murid tersebut bakal menjadi pahala buat cikgunya.

Beberapa individu juga memuji tindakan cikgu itu yang tidak memaparkan muka anak muridnya, sekaligus menjaga aib kanak-kanak tersebut.


Individu Teringat Kisah Lampau Tidak Mampu Beli Kasut Baharu

Dalam pada itu, beberapa pengguna TikTok turut menceritakan pengalaman membelikan sepasang kasut buat anak murid mereka yang tidak berkemampuan.

Ada juga yang mengingat kembali kisah sewaktu kecil apabila mereka sendiri memakai kasut yang lusuh kerana tidak mampu membeli kasut baharu.

“Dulu taknak bagitahu mak kasut dah rosak sebab keluarga susah. Letak kertas atau kotak dalam tu nak bagi selesa,” ujar seorang individu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd