Now Reading
‘The Girl And The Ghost’ Karya Hanna Alkaf Dapat Pengiktirafan Oprah’s Book Club

‘The Girl And The Ghost’ Karya Hanna Alkaf Dapat Pengiktirafan Oprah’s Book Club

Novel ‘The Girl and the Ghost’ juga telah menjadi finalis bagi anugerah berprestif Kirkus Prize.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Industri buku di Malaysia semakin berkembang maju dengan ramai penulis tanah air yang menonjol seperti Ramlee Awang Murshid, Teme Abdullah, Hanna Alkaf, Fauziah Ashari dan ramai lagi.

Malah, pelbagai festival terkait industri buku dan kesusasteraan diadakan saban kali seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan George Town Literary Festival (GTLF).

Namun, lebih membanggakan lagi apabila karya seorang penulis tempatan berjaya diangkat di peringkat antarabangsa.


‘The Girl and the Ghost’ Ditampilkan Di Laman Web Oprah Daily

Novel ‘The Girl and the Ghost’ tulisan Hanna Alkaf telah ditampilkan sebagai salah satu buku yang disyorkan bagi murid perempuan sekolah menengah oleh Oprah’s Book Club di akaun Instagram miliknya.

Pengiktirafan ini sekaligus meletakkan Hanna sebagai tumpuan antarabangsa, seterusnya memperkenalkan kesusasteraan Malaysia kepada pembaca di seluruh pelusuk dunia.

“Sekolah menengah adalah waktu yang janggal dan mencabar dalam kitaran hidup seorang wanita. Sesetengahnya mungkin dapat mencapai ketenangan dan inspirasi daripada cerita-cerita tentang perempuan yang melalui situasi sukar, namun akhirnya berjaya menjadi lebih kuat dan bijak,” tulis hantaran tersebut.

‘The Girl and the Ghost’ menjadi novel ketiga dalam senarai lima buah buku yang dicadangkan oleh Oprah’s Book Club bagi murid perempuan di sekolah menengah.

Sebagai info, Oprah’s Book Club telah ditubuhkan oleh Oprah Winfrey pada tahun 1996 dan menjadi antara salah satu sumber cadangan buku bagi para pembaca.


Hanna Gabungkan Cerita Rakyat Dengan Tema Sejagat

Novel oleh penulis Malaysia terkenal itu mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Suraya yang tinggal di sebuah perkampungan. Dia telah mewarisi ‘semangat’ gelap yang menyamar sebagai belalang daripada arwah neneknya.

Kehebatan Hanna dalam bidang penulisan terbukti apabila dia berjaya menggabungkan cerita rakyat Malaysia dengan tema sejagat termasuk kesunyian, rahsia keluarga, dan penemuan diri, sekaligus menghasilkan kisah yang magis tetapi berkait dengan kehidupan.

Kanak-kanak perempuan yang gemarkan watak-watak magikal tetapi masih mahu terlibat dengan topik seperti penemuan diri dan hubungan yang sukar akan mendapati buku ini amat sesuai.

Oprah Daily

Terdahulu, Hanna telah berkongsi mengenai pengiktirafan oleh Oprah Daily itu di akaun laman X dan menyatakan bahawa dia berasa seolah-olah tidak percaya dengan perkara itu.

Pengiktirafan daripada salah seorang tokoh yang berpengaruh dalam dunia bukan sahaja menjadi kejayaan buat Hanna, tetapi buat segenap komuniti penulis Malaysia apabila kisah-kisah yang kaya dengan kepelbagaian dalam negara menjadi tumpuan di mata dunia.


Hanna Telah Menghasilkan 6 Novel

Sudah menghasilkan sekurang-kurangnya enam novel solo, Hanna merupakan seorang penulis yang cekal menulis kisah-kisah Malaysia yang autentik.

Merupakan seorang lulusan dalam bidang kewartawanan, dia telah memenangi beberapa anugerah bagi novel-novelnya. ‘The Girl and the Ghost’ sendiri telah menjadi finalis bagi anugerah berprestif Kirkus Prize.

Di samping itu, novel sulung Hanna berjudul ‘The Weight of Our Sky’ berjaya memenangi Anugerah Freeman 2019 bagi kategori Young Adult/High School.

Ia turut diterjemah ke dalam Bahasa Melayu di bawah penerbitan Fixi dan diadaptasikan sebagai komik digital oleh Webtoon.

Hanna juga merupakan salah seorang pengasas bagi gerakan #KitaJagaKita yang diwujudkan ketika pandemik COVID-19.

Enam novel yang ditulis oleh Hanna Alkaf

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd