Now Reading
[Video] Graduan UiTM Berusia 77 Tahun Genggam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang

[Video] Graduan UiTM Berusia 77 Tahun Genggam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang

Menurut warga emas terbabit, penglibatannya dalam undang-undang pekerja semasa bekerja di Kementerian Sumber Manusia dahulu yang mendorongnya untuk mengambil ijazah sarjana muda ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui ilmu merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan ilmu ini dapat dilihat apabila sejak dari kecil lagi, seseorang itu telah diajar dengan ilmu tertentu sesuai dengan usia mereka.

Dengan ilmu, ia boleh membantu dan menjadi petunjuk kepada seseorang dalam menjalani kehidupan seharian.

Malah, untuk mendalami sesuatu ilmu juga tidak mengira usia, bukan hanya anak-anak muda, bahkan mereka yang sudah berusia juga masih boleh mempelajari sesuatu asalkan mempunyai keinginan dan semangat yang tinggi.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang berusia 77 tahun

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang graduan ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berusia 77 tahun.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @uitm_channel, warga emas yang dikenali sebagai Zulkifly Abdullah itu berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang.

“Warga emas berusia 77 tahun dari jurusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang, Fakulti Undang-Undang naik pentas menerima skrol,” tulis di ruangan kapsyen.

Tersenyum gembira naik pentas ambil skrol, tepukan gemuruh bergema di dalam dewan

Di dalam video terbabit, kelihatan Zulkifly tersenyum gembira semasa menaiki pentas untuk menerima skrol semasa istiadat Konvokesyen UiTM ke-99 pada baru-baru ini.

Turut kedengaran para tetamu jemputan dan graduan-graduan yang berada di dalam dewan konvo berkenaan memberikan tepukan gemuruh kepada Zulkifly.

@uitm_channel

Warga emas berusia 77 tahun dari jurusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang, Fakulti Undang-Undang naik pentas menerima skrol di #istiadatkonvokesyenuitm99 #Konvoksyen99 #konvo99 #usahatakwamulia #uitmdihatiku

♬ original sound – UiTM Channel – UiTM Channel

Zulkifly rupanya bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

Memetik laporan Kita Reporter, Zulkifly merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia selama dua tahun dari 2001 sehingga 2003.

Malah, beliau juga seorang pendaftar Mahkamah Perusahaan selama tiga tahun sebelum menjawat jawatan sebagai pengarah jabatan berkenaan.

“Semenjak saya bekerja dengan Kementerian Sumber Manusia selama lebih kurang 34 tahun, saya banyak melibatkan undang-undang pekerja.

“Itu yang mendorong semangat saya mengambil Ijazah Sarjana Muda Undang-undang ini,” katanya.

Orang ramai pakat beri pujian, usia bukanlah penghalang untuk berjaya

Memindai ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian kepada Zulkifly yang telah membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu menuntut ilmu.

Selain memberi ucapan tahniah, orang ramai juga menyatakan mereka terinspirasi dengan kisah Zulkifly itu untuk tidak berputus asa belajar meskipun usia semakin meningkat.

Zulkilfy sememangnya wajar dijadikan inspirasi, di saat warga emas lain sedang bermain bersama cucu atau berehat di rumah, beliau aktif pelajar demi segulung ijazah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd