Video Jemaah ‘Dipaksa’ Ke Masjid Raih 3.5 Juta Tontonan, Bikin Orang Ramai Geli Hati
Imam Masjid Kg Nakhoda, Ustaz Zaid Amran, dilihat berkata mereka tidak akan memaksa sesiapa untuk datang ke masjid mahupun memberi infak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Masjid merupakan tempat suci bagi umat Islam menunaikan solat. Kebiasaannya, ia akan dipenuhi ketika solat tertentu seperti solat Jumaat, solat sunat terawih dan solat sunat hari raya.
Dalam mengimarahkan rumah Allah SWT, pelbagai acara dan majlis keagamaan diadakan bagi menarik orang ramai menghadiri tempat suci itu.
Bagi para muslimin, mereka dianjurkan agar menunaikan solat jemaah di masjid. Namun begitu, orang ramai tidak seharusnya dipaksa untuk hadir ke rumah ibadat itu.
“Kami Tak Paksa Orang Ke Masjid” – Imam Masjid Kg Nakhoda
Baru-baru ini, tular satu video di akaun TikTok Masjid Kg Nakhoda yang menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk hadir ke sana.
“Kami tak pernah paksa orang datang masjid sebab nak datang masjid kena ada ikhlas. Kalau tak ikhlas tak dapat pahala. Sebab itu keikhlasan itu penting untuk masuk ke dalam masjid,” kata imam masjid tersebut, Ustaz Zaid Amran.
Namun apa yang mencuit hati orang ramai adalah apa yang dilakukan oleh masjid tersebut tidak sama seperti kenyataan imam itu.
Di latar belakang, kelihatan tiga orang dipercayai AJK masjid ‘memaksa’ seorang individu untuk masuk ke dalam masjid.
Yang lebih kelakar lagi, siap guna plastik hitam lagi untuk serkup ‘mangsa’ itu. Sampai terjatuh kopiah pula tu!
Geli hati betul sampai Ustaz Zaid pun tak boleh tahan ketawa!
“Member Macam Dah Ready Nak Masuk Tabung Infak” – Pengguna TikTok
‘Paksaan’ itu bukan terhenti di situ sahaja. Umum sedia maklum bahawa masjid menyediakan tabung bagi tujuan infak.
Individu yang ‘diculik’ tadi siap dipaksa menyumbang ke tabung infak masjid. Sampai kena angkat dengan AJK masjid!
“Nak sumbang duit ke sumbang member tu? Member tu macam dah ready masuk dalam tabung,” seloroh seorang individu.
Video tersebut telah meraih sehingga 3.5 juta tontonan dengan lebih 537 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Individu ‘Diculik’ Adalah Bilal Masjid
Melihat kepada video tersebut, mungkin ada di antara anda yang menyangka individu ‘diculik’ itu merupakan seorang kanak-kanak.
Namun dia sebenarnya adalah seorang dewasa yang kerdil dan merupakan bilal masjid tersebut iaitu Ahmad Aqiq.
Ada yang berkata walaupun dia berbadan kecil, namun sukar untuk ditangkap.
“Mentang-mentang kawan tu besar keychain, dia main serkup je,” seloroh seorang pengguna TikTok.
Beberapa individu juga berkata tabung infak masjid diletakkan terlalu tinggi sehingga tidak dapat dicapai oleh Ahmad.
“Culik Pun Takpe Ramai Sikit Orang Kat Masjid” – Pengguna TikTok
Video oleh Masjid Kg Nakhoda itu bukan sahaja mencuit hati orang ramai, malah dipuji kerana menggunakan konten sedemikian untuk menarik anak muda hadir ke masjid.
“Bila Gen Z jadi jemaah masjid,” kata seorang pengguna TikTok.
Ada juga yang berseloroh tidak mengapa menculik orang agar lebih ramai jemaah di masjid.
Malah, ada yang berjenaka ingin menghubungi pihak polis kerana terdapat kes culik jemaah di masjid.
Masjid Sering Hasilkan Konten Menarik Di TikTok
Untuk info, Masjid Kg Nakhoda selalu menghasilkan kandungan-kandungan video yang bersifat pendidikan agama Islam.
Salah satu video yang mencecah hampir 12 juta tontonan mengajar orang ramai tentang cara untuk memberi ruang sekiranya makmum pada saf hadapan terbatal solatnya.
Semoga lebih banyak kandungan sebegini dihasilkan, sekaligus dapat menarik minat orang ramai dalam lebih memahami agama Islam.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jemaah Di Saf Belakang Perlu Beri Ruang Jika Makmum Di Depan Terbatal Solatnya, Ini Caranya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Situasi Jika Makmum Tersujud Ketika Imam Baca Doa Qunut Sering Terjadi, Ini Cara Untuk Anda Perbaiki
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.