Now Reading
TikTok Lancar #ThinkTwice, Kempen Pupuk Persekitaran Online Yang Selamat & Positif

TikTok Lancar #ThinkTwice, Kempen Pupuk Persekitaran Online Yang Selamat & Positif

#ThinkTwice dilancarkan dengan kerjasama CMCF, AWAM, MIASA dan barisan pencipta konten TikTok tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


TikTok, platform utama untuk video mudah alih, melancarkan kempen #ThinkTwice, bagi memperkasakan rakyat Malaysia agar berperanan aktif memupuk persekitaran dalam talian yang selamat dan positif dengan kerjasama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), All Women’s Action Society (AWAM), dan Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA).

#ThinkTwice menggesa komuniti dalam talian untuk lebih prihatin terhadap perkongsian, komen dan hantaran mereka dalam dunia siber, melalui kandungan, webinar dan sumber yang berasaskan maklumat dan pendidikan.

Ini termasuk hab sumber yang mengandungi bahan pendidikan tentang Garis Panduan Komuniti TikTok, panduan ciri-ciri keselamatan TikTok, saluran sokongan NGO, dan kandungan yang menginspirasikan daripada pencipta-pencipta konten Malaysia yang tersohor.

“Di TikTok, kami menawarkan pengguna kebebasan dan peluang untuk mengekspresikan diri mereka secara asli dan kreatif dalam persekitaran yang selamat dan positif,” kongsi Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil.

“Melalui #ThinkTwice anjuran bersama CMCF, AWAM dan MIASA, kami ingin memperkasakan rakyat Malaysia agar kekal bertanggungjawab ke atas kelakuan dalam talian mereka, dan menggalakkan mereka untuk sama-sama memupuk komuniti dalam talian yang sihat dan positif,” tambah beliau lagi.

@tiktok_malaysia

Your words matter, so #ThinkTwice before you type and post. Let’s uplift each other to keep our community safe and vibrant on TikTok. Join the movement by liking and sharing this video. #ThinkTwice #FikirDulu #三思而后行 #முதலில்சிந்தியுங்கள் #DigitalLiteracy #OnlineSafety #InspireCreativityAndBringJoy

♬ original sound – TikTok Malaysia – TikTok Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mediha Mahmood, berkata: “Melalui kempen #ThinkTwice anjuran bersama TikTok, kami menggalakkan kawalan tingkah laku kendiri dengan lebih prihatin terhadap kandungan yang kita kongsikan dan sentiasa beradab dalam komen kita. Interaksi kita dalam dunia digital mencerminkan diri kita sebagai individu dan sebagai sebuah masyarakat. Jadi, kita sendirilah harus menjadi contoh positif yang boleh disanjungi dan diteladani orang lain.”

Kempen #ThinkTwice galak pengguna pupuk komuniti online yang selamat

Melalui tanda pagar #ThinkTwice, TikTok menggalakkan pengguna untuk memainkan peranan lebih aktif dalam memupuk komuniti dalam talian yang lebih selamat, dengan mencipta dan berkongsi kandungan yang positif dan bermanfaat.

Pencipta konten TikTok tempatan seperti @yimotapir dan @wfsufina turut menyertai kempen #ThinkTwice. Yimotapir, yang merangkul anugerah ‘Animation Creator of the Year’ di Anugerah TikTok 2024, sering berkongsi mesej positif dan meningkatkan kesedaran tentang fungsi keselamatan dalam aplikasi TikTok melalui animasi kreatif. Sementara itu, Wfsufina yang terkenal dengan kandungan pendidikan dan informatifnya, mengingatkan pengguna tentang garis panduan komuniti platform ini dan berkongsi tips berguna tentang cara pengguna boleh melindungi diri mereka secara proaktif. Selain itu, pencipta konten TikTok @ggatorart juga telah menyertai kempen ini, menggunakan platform dan kandungannya untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan kata-kata dan mengingatkan komuniti dalam talian untuk sentiasa bersikap baik antara satu sama lain.

Anjur sesi siaran langsung tentang isu kesihatan mental

Di samping itu, TikTok juga akan menganjurkan satu siri sesi siaran langsung bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada Oktober ini, yang menghimpunkan barisan anggota profesional kesihatan mental, pakar, dan pencipta konten siaran langsung. Sesi ini akan menampilkan perbincangan penting tentang kesihatan mental, dan menawarkan sumber dan pembelajaran yang berharga tentang cara untuk mengenal pasti dan mengurus cabaran kesihatan mental.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #ThinkTwice TikTok, sila klik sini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd