Now Reading
[Video] Cikgu Buat Kek Batik Untuk Murid Guna Coklat Patchi Raih Perhatian Ramai

[Video] Cikgu Buat Kek Batik Untuk Murid Guna Coklat Patchi Raih Perhatian Ramai

Selain daripada coklat Patchi, guru tersebut turut menggunakan mentega jenama Lescure dari Perancis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“Ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.” Itulah perumpamaan yang sering digunakan buat para guru.

Dalam mendidik murid-murid, para guru banyak berkorban segi masa dan kewangan. Namun kebanyakan mereka tidak pernah mengeluh dalam menyediakan yang terbaik buat murid-murid.


Cikgu Ingin Cipta Memori Dengan Anak Murid

Seorang guru baru-baru ini telah menerima perhatian ramai apabila menyediakan sendiri kek batik untuk menyambut hari jadi kesemua murid Tahun 5 kelasnya.

Mr Ali berkata dia melakukan perkara itu untuk mencipta memori dengan anak muridnya yang akan diingati sehingga bila-bila.

Selain menghasilkan kek batik, cikgu itu turut memesan ayam goreng untuk murid-muridnya.

Sumber gambar: @this_is_mr.ali/ TikTok

Guna Coklat Patchi Dalam Kek Batik

Apa yang lebih menarik lagi, dia telah menggunakan coklat jenama premium, Patchi, dalam resipinya.

Sebiji coklat Patchi turut diletakkan di atas kek batik yang telah siap sebagai ‘topping’. Sedapnya!

Untuk info, coklat Patchi merupakan jenama yang mewah dengan harga bermula lebih RM100.

Sumber gambar: @this_is_mr.ali/ TikTok

Mentega Pun Berharga Mahal!

Melihat kepada video yang dimuat naik oleh guru tersebut, Mr Ali, bukan sahaja coklat mewah yang digunakan. Malah dia turut menggunakan mentega jenama Lescure yang dihasilkan di Perancis.

Selain itu, Mr Ali juga menggunakan set pinggan Portmeirion dan periuk Le Creuset yang cukup terkenal dengan harganya yang mahal. Wow!

Ini bukanlah pertama kali dia menghasilkan kek batik menggunakan coklat Patchi. Dia sebelum ini pernah menghasilkan kek batik yang serupa bagi jiran tetangga dan keluarga belah ibunya, serta murid-murid.

Malah, dia pernah menggunakan coklat jenama Venchi yang lebih mahal sedikit berbanding Patchi.

@this_is_mr.ali

Kek batik untuk hari jadi semua anak murid kelas cikgu harini. Mencipta memori untuk mereka ingat sampai bila bila ❤️ InsyaAllah

♬ nhạc nền – Maybe Lost – 𝑴𝒂𝒚𝒃𝒆 𝑳𝒐𝒔𝒕 🎵

“Guna Patchi Masak Dalam Le Creuset” – Pengguna TikTok

Di ruangan komen, orang ramai terpegun melihat Mr Ali menggunakan coklat Patchi bagi menyediakan kek batik untuk anak muridnya.

“Kek batik paling expensive ni. Untung awak dik,” kata seorang individu.

Ramai orang turut memuji sifat guru itu yang tidak berkira dengan anak muridnya. Malah ada yang berseleroh ingin menjadi murid Mr Ali.

Seorang individu berkata murid-murid pasti akan mengingati tindakan guru tersebut. Katanya, dia masih mengingati saat di sekolah apabila seorang guru membekalkan air oren sewaktu sukan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd