Now Reading
Sanusi Sah Kahwin Dua Dengan Ibu Tunggal, Pegawai Polis

Sanusi Sah Kahwin Dua Dengan Ibu Tunggal, Pegawai Polis

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata isteri keduanya telah dipinang sendiri oleh isteri pertamanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam (4 September) menjawab spekulasi apabila mengesahkan telah berkahwin dengan isteri baharu.

Tambahnya lagi, isteri pertamanya sendiri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh yang telah meminang madunya itu yang merupakan seorang pegawai polis.


Isteri Kedua Berstatus Ibu Tunggal

Sanusi turut menegaskan bahawa proses perkahwinan dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang perkahwinan yang sah.

“Saya ada kuota dua lagi. Saya berkahwin dengan anggota polis berstatus ibu tunggal seorang anak, isteri saya pergi meminang berbulan-bulan dulu dah. Alhamdulillah sempurna, teratur dan beres,” katanya.

Sanusi berkata sebuah majlis perkahwinan secara kecil-kecilan telah diadakan dan turut dihadiri isteri serta kesemua anaknya.

Perkara itu didedahkan oleh Sanusi ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Daerah Padang Terap di Dewan Komuniti Felcra Belimbing Tualak, Kuala Nerang semalam.


Isteri Kedua Penyiasat Kes Bom Di Kediaman Sanusi

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, isteri keduanya merupakan penyiasat bagi kes bom di Kediaman Rasmi Menteri Besar sebelum ini.

Wanita itu kemudiannya telah bersahabat baik dengan Jusmalailani termasuk menghadiri aktiviti mengaji al-Quran dan kuliah bersama.

Dalam pada itu, Sanusi menegaskan bahawa dia terakhir kali bertemu isteri keduanya atas siasatan bom dan hanya mula bercinta selepas berkahwin.

Saya jumpa isteri kedua untuk kali pertama dan kali terakhir atas siasatan bom itulah. Lepas itu tidak berjumpa lagi, tak ada berkawan dan tidak bercinta. Selepas kahwin baru saya bercinta kerana percintaan selepas kahwin lebih indah berbanding sebelum berkahwin.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

“Tak Patut Jadi Sensasi” – Sanusi

Tambah Sanusi, dia mendedahkan perkara itu agar tiada spekulasi yang tidak benar dan fitnah dilakukan ke atas dirinya dan keluarga.

Jadi saya nak elak benda itu semua daripada orang buat dosa kering. Saya tak cakap apa-apa tapi nampak orang sudah keterlaluan buat spekulasi macam-macam, eloklah saya jernihkan keadaan saya berkahwin cara teratur.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Sanusi sebelum ini tidak mahu mengulas spekulasi tentang perkahwinannya dengan isteri baharu kerana tidak mahu wujudnya cerita-cerita sensani berkaitan dirinya.

“Benda-benda macam itu tidak patut jadi sensasi. Saya tak berhasrat buat pengumuman itu sebab saya nak elak benda sensasi yang tak perlu.

“Hal peribadi, hal rumah tangga orang tak eloklah diheret merata-rata, hormati privasi saya dan keluarga. Harap-harap selepas ini tak ada spekulasi apa-apa lagi,” katanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd