Now Reading
Lebih 3.7 Juta Tontonan, Video Anak ‘Mengadu’ Panggil Ayah Di Wad Bikin Ramai Sebak

Lebih 3.7 Juta Tontonan, Video Anak ‘Mengadu’ Panggil Ayah Di Wad Bikin Ramai Sebak

Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut, dia dimasukkan ke hospital disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang ayah sering dikatakan sebagai cinta pertama anak perempuannya yang kekal sehingga ke akhir hayat.

Walaupun si bapa kebiasaannya seorang yang tegas, namun sosok itulah yang akan dicari oleh anak perempuan apabila dalam keadaan sedih, sakit dan sebagainya.

Bagi seorang kanak-kanak perempuan, bapanya menjadi tempat mengadu di saat dalam kesakitan.


Kanak-Kanak Panggil Bapanya Yang Baru Tiba Di Wad Hospital

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan di wad sebuah hospital.

Apa yang menyedihkan apabila kedengaran kanak-kanak tersebut beberapa kali memanggil secara manja sambil menangis teresak-esak sebaik melihat bapanya yang baru sahaja tiba di wad itu.

Setibanya lelaki itu di tepi katil, kanak-kanak yang dipanggil Aisyah itu menunjukkan tangannya yang berbalut dan mengadu dalam kesakitan.

Lelaki itu kemudiannya memeluk dan memujuk anaknya serta berkata “Ayah ada okay?”. Sebak betul mendengarnya 🥺

Sumber gambar: @nadirahch/ TikTok

Aisyah Dimasukkan Ke Hospital Kerana Pneumonia

Menurut ibunya, Nadirah Nadd, Aisyah dimasukkan ke hospital kerana masalah jangkitan kuman di paru-paru atau pneumonia.

Menerusi video sama, kelihatan kanak-kanak tersebut bergantung kepada mesin oksigen.

Nadirah walau bagaimanapun berkata Aisyah sudah beransur pulih dan mesin oksigen telah dicabut. Katanya lagi, kanak-kanak itu manja dengan bapanya kerana jarang berjumpa akibat bekerja.

Video tersebut telah menerima 3.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis dengan rata-rata orang ramai mendoakan agar Aisyah segera sembuh.

https://www.tiktok.com/@nadirahch/video/7410322599361776913

“Cinta Pertama Anak Perempuan Ayahnya” – Pengguna TikTok

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna TikTok berkata Aisyah pasti memendam rasa sepanjang tidak berjumpa bapanya. Ramai juga yang bersetuju bahawa seorang bapalah cinta pertama anak perempuan.

Di samping itu, para ibu turut berkongsi situasi anak-anak perempuan bermanja dengan bapa mereka.

Namun ada juga komen yang membuatkan air mata mengalir apabila ibu-ibu menceritakan anak mereka masih mencari bapanya yang sudah meninggal dunia. Sedih betul…

“Dia tengok katil lain ada ayah teman. Dia pun tercari dan panggil ayahnya,” cerita seorang wanita.

Sumber: TikTok

“Tetap Nak Ayah Juga Walau Ada Suami” – Pengguna TikTok

Dalam masa sama, beberapa wanita turut berkongsi bahawa mereka masih mencari bapanya apabila sedang sakit walaupun sudah bersuami.

Ada juga yang berkata bahawa mereka lebih sensitif apabila ditanyakan tentang perasaan oleh bapa berbanding ibu.

Malah, beberapa individu berkata mereka merindui bapa yang telah pulang menghadap Ilahi.

“Dah lama tak rasa pelukan seorang ayah. Banyak benda nak mengadu dan dikongsikan,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok

Bukan para wanita sahaja yang memenuhi ruangan komen di video tular itu. Beberapa lelaki turut meluahkan rasa sedih dan berkata mereka memahami perasaan bapa Aisyah.

“Memang rasa selamat dalam pelukan ayah. Sebab tu saya selalu peluk anak-anak setiap kali balik ke rumah,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd