[Video] Kereta Tak Sempat Brek Langgar Sekumpulan Monyet Melintas Di PLUS
Insiden tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan kira-kira 2km sebelum Exit 223 ke Pedas, Linggi dan Seremban.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Konflik antara manusia dan haiwan liar telah menjadi suatu kebiasaan di Malaysia akibat daripada pembangunan yang tidak terancang, lebih-lebih lagi di kawasan yang dikelilingi atau berhampiran hutan.
Ini juga termasuk insiden di lebuh raya yang seringkali membabitkan haiwan liar seperti harimau dan tapir mati dilanggar.
Malah, terdapat juga kes individu atau haiwan peliharaan diserang haiwan liar ketika memandu di lebuh raya.
Baca Artikel Berkaitan: “Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Hilang 2 Hari, Rakaman CCTV Tunjuk ‘Diculik’ Harimau Akar
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya
Sekumpulan Monyet Dilanggar Di PLUS
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video dashcam yang merakam kejadian sekumpulan monyet dilanggar di lebuh raya.
Berdasarkan info pada rakaman tersebut, kejadian dipercayai berlaku sekitar 3.30 petang, 2 September.
Melihat pada rakaman dashcam, sekumpulan monyet secara tiba-tiba cuba melintas lebuhraya sebelum beberapa ekor daripada mereka dilanggar kenderaan.
Kelihatan sebuah kereta telah melanggar sekumpulan monyet tersebut, sebelum dilanggar kenderaan yang merakamkan kejadian itu. Namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kenderaan lain yang turut melanggar kumpulan monyet itu.
Berdasarkan papan tanda pada tepi lebuh raya, insiden tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan kira-kira 2km sebelum Exit 223 ke Pedas, Linggi dan Seremban.
Jangan Mengelak Jika Berdepan Haiwan Liar Di Lebuh Raya
Dalam hal sedemikian, mungkin pemandu akan secara spontannya cuba mengelak atau menekan brek agar tidak melanggar haiwan liar di jalan raya.
Namun begitu, perkara inilah yang akan menjadi lebih berbahaya buat pemandu serta pengguna jalan raya lain. Ini adalah seperti kes yang tular baru-baru ini, apabila sebuah kereta terjunam ke dalam parit akibat cuba mengelak monyet.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Kereta Masuk Parit, Rupanya Terbabas Elak Monyet Melintas
Baca Artikel Berkaitan: Nenek Maut Lepas Hantar Cucu Ke Sekolah, Dipercayai Motosikal Terbabas Elak Anjing
Orang ramai turut menasihati agar pemandu tidak cuba mengelak atau brek secara mengejut sekiranya berdepan dengan keadaan sedemikian.
Ada juga yang berkongsi mereka mengalami kemalangan lebih teruk akibat mengelak haiwan.
Seorang pengguna media sosial pula berkata mungkin terdapat dawai yang terbuka di tepi lebuh raya berkenaan memandangkan jarang monyet melintas di sana.
“Malaysia Patut Buat Green Linkage” – Pengguna Media Sosial
Pembangunan tidak terancang, terutamanya di kawasan hutan mengakibatkan pemecahan habitat pada haiwan liar, sekaligus memisahkan haiwan dengan sumber makanan.
Oleh itu, beberapa individu turut menegaskan berkenaan lintasan bagi haiwan liar di lebuh raya seperti di negara lain.
“Urbanisasi mewujudkan tompokan hutan yang memerlukan penyambung,” kata seorang individu.
Untuk info, Malaysia mempunyai lintasan haiwan liar di beberapa tempat dalam negara. Antaranya:
- Terowong laluan haiwan atau ‘animal box culvert’ merentasi Hutan Simpan Bubu di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
- ‘Eco-viaducts’ di Sungai Yu, Kuala Lipis, Negeri Sembilan
- 27 laluan kotak pembetung atau ‘wildlife culvert box’ dibina sepanjang 665km jajaran ECRL (dalam pembinaan)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.