Now Reading
The Curve Perkenal Gelongsor Air Dalam Pusat Beli Belah Pertama di Malaysia

The Curve Perkenal Gelongsor Air Dalam Pusat Beli Belah Pertama di Malaysia

Gelongsor air Slide the Curve mula dibuka kepada orang ramai bermula 3 hingga 22 September 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja tentang pusat beli belah, pasti kebanyakan orang akan mengingatinya sebagai tempat bagi mendapat dan membeli barang keperluan harian.

Namun, amat jarang sekali untuk menjumpai pusat beli belah yang turut menjadi tempat hiburan bagi orang ramai apatah lagi yang menawarkan perkhidmatan gelongsor air seperti sebuah taman tema.

Slide the Curve, Gelongsor Air Dalam Pusat Beli-Belah Yang Pertama Di Malaysia

Sempena meraikan ulang tahun yang ke-20, pusat beli belah the Curve telah menyediakan tarikan terbaharu dan unik buat pengunjung.

Tarikan yang diberi nama Slide the Curve itu menjadikan ianya sebagai gelongsor air di dalam pusat beli belah pertama yang ada di Malaysia.

Bermula 3 hingga 22 September ini, the Curve yang terletak di Mutiara Damansara diubah menjadi sebuah taman permainan khusus buat para pengunjung untuk mencuba pengalaman ‘slip-n-slide’ sepanjang tempoh 20 hari pembukaannya.

Gelongsor air ini secara tepatnya terletak di sekitar kawasan The Street hingga The Piazza.

Gelongsor Air Dibuka 12 Jam Setiap Hari

Malah sempena cuti sekolah yang bakal tiba, orang ramai berpeluang untuk mencuba gelongsor air berkenaan yang dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Bertemakan ‘Sun-Kissed Adventures’, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan khusus buat pengunjung.

Lebih menarik, adalah kesemua aktiviti yang disediakan sesuai untuk setiap lapisan umur bermula dari kanak-kanak hingga dewasa.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad di the Curve, pihaknya teruja meraikan sambutan ulang tahun ke-20 mereka dengan acara revolusioner seumpamanya.

“Perbezaan yang dibawakan oleh Slide the Curve bukan sahaja mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan keseronokan, tetapi juga dedikasi kami untuk mengeratkan lagi komuniti setempat dengan sebuah acara yang sukar untuk dilupakan.

“Sejak dibuka dua dekad lalu, the Curve telah menjadi bukan sekadar sebuah destinasi beli-belah, malahan telah berkembang sebagai sebuah tempat berkumpul yang meriah bagi komuniti setempat.

“Sejak awal lagi, pusat beli-belah berwawasan ini telah menetapkan penanda aras baharu yang melangkaui pengalaman pusat beli-belah ‘round-the-block’,” jelasnya.

Tawaran Istimewa Menanti Pengunjung

Sempena sambutan ini juga, the Curve menawarkan tawaran istimewa dan eksklusif yang menanti pengunjung antaranya seperti kod promosi serta pengalaman yang menyeronokkan di SpyGame dan Hauntu pada kadar diskaun yang menarik.

Malah buat pemegang gelang tangan slide the Curve, anda boleh mendapat tawaran beli belah eksklusif dan promosi di kedai yang mengambil bahagian di pusat beli-belah berkenaan.

Pada masa yang sama, Hotel Royale Chulan juga turut menawarkan pakej inap yang lengkap dengan kod promosi gelongsor air berkenaan.

Pembeli Bertuah Berpeluang Menang RM150,000 & Sebuah Kereta

The Curve turut menganjurkan cabutan bertuah istimewa buat pembeli sempena bulan istimewa ini.

Buat pelanggan yang berbelanja RM500 bagi dua resit, mereka layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150,000 termasuk sebuah kereta.

Manakala, bagi mereka yang berbelanja RM250 ke atas boleh menebus barangan edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran yang ke-20.

Tiket Dijual Dengan Harga Serendah RM38 Bagi Kanak-Kanak & RM48 Bagi Dewasa

Buat pengunjung yang berminat untuk mencuba gelongsor air berkenaan, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga di bawah.

Hari Biasa

Dewasa: RM48
Kanak-Kanak: RM38

Hujung Minggu

Dewasa: RM53
Kanak-Kanak: RM43

Sebarang info lanjut mengenai tiket atau apa sahaja info tentang Slide the Curve, anda boleh melayari https://www.ticket2u.com.my/event/37087/slide-the-curve.


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd