Now Reading
Kelibat Buaya Di Tasik Shah Alam, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-hati

Kelibat Buaya Di Tasik Shah Alam, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-hati

Pita keselamatan telah dipasang di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan pengumuman rasmi penutupan akan dilakukan oleh pihak Datuk Bandar hari ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menerusi satu hantaran di Facebook hari ini (3 September), mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam Seksyen 7 susulan kehadiran seekor buaya.

“Majlis Bandaraya Shah Alam, melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil maklum akan perkara ini dan sedang mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.


Pita Keselamatan Dipasang Di Sekitar Kawasan

Terdahulu, satu hantaran dibuat di grup Facebook Shah Alam Residen menunjukkan seekor buaya di gigi air di Tasik Seksyen 7.

Menurut Pengarah Korporat MBSA, Azhar Sharif, pita keselamatan telah dipasang di sekitar tasik tersebut untuk mengelakkan orang ramai daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Tambahnya lagi, Perhilitan turut membuat pemantauan di kawasan rekreasi tersebut sejak semalam.

“Sebelum sebarang arahan penutupan rasmi diumumkan oleh pihak MBSA, orang ramai dinasihatkan menjauhi kawasan gigi air. Pita keselamatan pun sudah dipasang di kawasan tebing tasik.


Buaya Mungkin Tersesat Semasa Hujan Lebat

Azhar berkata buaya tersebut kemungkinan tersesat ke tasik berkenaan semasa hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku baru-baru ini.

“Hari ini Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA dan pihak Perhilitan sekali lagi memantau kawasan ini dan sememangnya ada buaya di sini.”

“Mungkin buaya tersebut sesat semasa hujan lebat dan banjir kilat baru-baru ini,” katanya dipetik Utusan.

Dia menjelaskan bahawa buaya tersebut dianggarkan berukuran lebih 1 meter panjang serta umpan akan dipasang oleh Jabatan Perhilitan untuk menangkapnya.

Tambah Azhar lagi, pihak Datuk Bandar akan mengeluarkan arahan rasmi penutupan tasik tersebut hari ini.

Sumber gambar: MBSA

Anak Buaya Tembaga Ditemui Di Seksyen 14 Pada 2019

Untuk info, ini bukanlah pertama kali buaya ditemui di sekitar Tasik Shah Alam. Pada tahun 2019, seekor anak buaya tembaga telah ditemui di sekitar Tasik Shah Alam, Seksyen 14.

Reptilia sepanjang 0.6 meter itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum menghubungi bomba.

Hasil siasatan oleh Perhilitan mendapati bahaya ia dilepaskan oleh individu tidak bertanggungjawab. Katanya ketika itu, sukar untuk buaya memasuki tasik tersebut secara sendiri memandangkan tiada sebarang saluran ke sungai utama.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd