Now Reading
TikTok Shop Sambut Merdeka Dengan Kejayaan Latih Lebih 100,000 PMKS, Hasil Kerjasama Dengan Kerajaan

TikTok Shop Sambut Merdeka Dengan Kejayaan Latih Lebih 100,000 PMKS, Hasil Kerjasama Dengan Kerajaan

Kini, terdapat lebih sejuta penjual di seluruh negara, dengan 98% daripadanya terdiri daripada PMKS sedang bergiat di TikTok Shop.

Bagi menyemarakkan ‘Jiwa Merdeka’ sempena Hari Kebangsaan ini, TikTok Shop meneruskan komitmen untuk menyokong wawasan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang dipacu teknologi serta peneraju serantau dalam ekonomi digital.

Justeru, sehingga kini, TikTok Shop telah memperkasakan lebih 100,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan melalui digitalisasi,  hasil kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia sepanjang tahun ini.

Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz berkata: “Kami kekal komited untuk menjadi rakan kongsi utama Malaysia dalam usaha memacu agenda transformasi digital negara, dan kami sungguh menghargai peluang kerjasama dengan kerajaan. Kerjasama berterusan dengan kerajaan untuk menjana pertumbuhan PMKS tempatan membuktikan aspirasi bersama kami ke arah membina Malaysia yang makmur dan diperkasakan secara digital.

“Bersama-sama, kami berhasrat meningkatkan kemahiran perniagaan kecil dan jenama tempatan dengan pengetahuan, alatan dan sumber yang diperlukan untuk berkembang maju di peringkat tempatan dan global. Ini akan menetapkan asas untuk ekonomi digital yang lebih berdaya tahan dan inklusif, sekali gus mewujudkan peluang komersial kepada setiap rakyat Malaysia untuk berjaya.

Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkongsi: “TikTok Shop berada di posisi unik bagi membantu perusahaan tempatan dalam semua saiz untuk berkembang dan melestarikan perniagaan melalui konsep ‘shoppertainment’. Dengan kerjasama pelbagai agensi dan kementerian kerajaan, kami telah melatih ribuan usahawan desa dan bandar untuk bukan hanya menjual dalam talian, tetapi juga memanfaatkan perdagangan sosial melalui kandungan, rakan pencipta kandungan, dan penstriman langsung.

“Kini, lebih sejuta penjual di seluruh negara, dengan 98% daripadanya terdiri daripada PMKS, sedang bergiat di platform kami. Kami akan terus membantu PMKS tempatan berinteraksi secara bermakna dengan komuniti mereka dan membina asas pelanggan yang mampan, dan kami juga menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan daripada rakan kongsi kerajaan kami.”

TikTok Shop, melalui kerjasama dengan kerajaan tempatan, telah melaksanakan pelbagai projek pada tahun 2024, termasuk:

  • Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE): TikTok Shop bekerjasama dengan MATRADE untuk merancakkan peluang perniagaan rentas sempadan melalui kempen #ThisisMY, sekali gus membolehkan perniagaan dan usahawan Malaysia melebarkan sayap ke Singapura.
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA): TikTok Shop dilantik sebagai rakan kongsi utama dalam program peningkatan kemahiran digital dan e-dagang FAMA untuk PMKS pertanian dan orang kurang upaya (disabled MSMEs), bagi menyokong Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024. Selain itu, TikTok Shop juga dilantik sebagai wakil di pameran perdagangan antarabangsa ‘Malaysia Fest’ untuk memperkenalkan ratusan jenama tempatan di TikTok Shop kepada Singapura.
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC): TikTok Shop menyokong pelancaran kempen ‘Sarawak Digital Mall’ untuk mempromosikan ribuan usahawan tempatan merentasi Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Serian, Sri Aman, Lawas, Sarikei dan Kapit.
  • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan TEKUN Nasional: TikTok Shop dilantik sebagai rakan strategik dalam Karnival TEKUN Madani yang berlangsung di tiga negeri, dan merangkumi aktiviti seperti bengkel penjual serta sesi pencarian rakan pencipta konten. Kempen itu berjaya merangsang sehingga 3 digit pertumbuhan hasil dan jutaan pendedahan jenama untuk beribu-ribu produk tempatan daripada PMKS tempatan.
  • Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC): MDEC, dengan kerjasama TikTok Shop, menganjurkan pertandingan penstriman langsung TikTok Shop yang melibatkan 70 PMKS, dan berjaya menjana lebih 100,000 pesanan dan jutaan ringgit hasil secara kolektif dalam tempoh dua bulan.
  • Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB): PUNB bekerjasama dengan TikTok Shop untuk membiayai ‘bootcamp’ penstriman langsung, penyediaan baucar, dan sokongan pembangunan kedai bagi membantu usahawan Bumiputera menjana jualan melalui penstriman langsung di TikTok Shop.
  • Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC): TikTok Shop terlibat sebagai rakan kongsi e-dagang dalam sesi perkongsian pengetahuan dan pandangan anjuran SIDEC, yang menyaksikan kehadiran ratusan PMKS dan syarikat permulaan tempatan.
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW): TikTok Shop dan KKDW komited terhadap pelaburan bersama untuk mengembangkan Desamall di TikTok Shop dan menyumbangkan baucar diskaun bagi merangsang pertumbuhan lebih 1,000 PMKS desa sepanjang tahun.
  • Perbadanan Putrajaya (Majlis Bandaraya Putrajaya): TikTok Shop terlibat dalam Festival Ramadan Putrajaya 2024 sebagai rakan kongsi rasmi selama dua minggu berturut-turut. Ia telah menganjurkan satu siri sesi penstriman langsung, demonstrasi masakan dengan pencipta terkemuka, dan stesen perundingan untuk mempromosikan PMKS dan produk tempatan. Acara itu berjaya meraih jutaan tontonan.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd