Doktor Jelaskan Batuk Boleh Jadi Berbahaya Buat Pesakit Jantung
Katanya, pesakit jantung yang batuk mungkin mengalami kegagalan fungsi jantung atau jangkitan paru-paru yang berbahaya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sekitar Julai lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami batuk.
Perkara ini menimbulkan tanda tanya jika terdapat sebarang kaitan antara masalah batuk dengan masalah jantung memandangkan rawatan didapatkan olehnya di IJN.
Batuk Boleh Jadi Petanda Masalah Jantung
Seorang pempengaruh yang juga doktor perubatan, Dr Aen Saari, menjelaskan bahawa batuk merupakan salah satu petanda yang berbahaya buat pesakit jantung.
Katanya, pesakit jantung yang batuk mungkin mengalami kegagalan fungsi jantung.
Tambahnya lagi, apabila jantung gagal berfungsi, darah tidak dapat dipam dengan betul.
Perkara ini menyebabkan air terkumpul pada paru-paru, yang kemudiannya menyebabkan pesakit batuk dan sesak nafas.
Menurut Cleveland Clinic, apabila air memenuhi paru-paru, pesakit akan sering batuk untuk cuba mengeluarkan cecair lebihan. Simptomnya termasuk:
- Sesak nafas yang lebih teruk apabila bersenam atau berbaring
- Kuat berdehit
- Rasa seperti berbuih di dalam dada
- Batuk basah dengan kahak atau cecair berwarna putih atau merah jambu
- Batuk kering
Jangkitan Paru-Paru Boleh Sebabkan Batuk
Selain itu, batuk yang dialami oleh pesakit jantung juga mungkin petanda jangkitan paru-paru (pneumonia).
Kata Dr Aen, penumonia boleh menambahkan tekanan pada jantung pesakit. Keadaan ini boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup atau kekacauan pada degupan.
Antara simptom pneumonia ialah:
- Batuk dengan kahak berwarna hijau, kuning atau berdarah
- Demam
- Menggigil
- Sesak nafas
- Kurang tenaga dan amat penat
Dr Aen berkata kedua-dua kegagalan fungsi jantung dan pneumonia boleh menyebabkan maut jika tidak dirawat dengan cepat.
Dia menegaskan doktor yang mengabaikan simptom ini tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi.
Penyakit Jantung Iskemik Penyebab Utama Kematian Pada 2022
Penyakit berkaitan jantung di Malaysia menjadi penyebab utama kematian masyarakat di negara ini sejak tahun 1999.
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023, penyakit jantung iskemik merupakan penyebab utama kematian di Malaysia pada tahun 2022.
Ia terjadi apabila lebih 70% salur darah tersumbat menyebabkan jantung tidak mampu menyalurkan darah ke jantung.
Menurut WebMD, inilah beberapa simptom masalah jantung yang anda harus perhatikan:
- Rasa tidak selesa pada dada seperti sakit, ketat atau tertekan
- Rasa loya
- Masalah penghadaman, pedih ulu hati atau sakit perut
- Sakit sehingga ke lengan
- Rasa pening mungkin kerana tekanan darah rendah
- Sakit pada tekak atau rahang
- Mudah penat
- Berdengkur yang kuat ketika tidur mungkin disebabkan oleh ‘sleep apnea’
Baca Artikel Berkaitan: “Suka Abuse Emergency!” – Doktor Dakwa Ramai Salah Guna Khidmat ED Hospital Kerajaan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.