Now Reading
93 Rakyat Malaysia Cuba Bawa Masuk Kanabis Ditahan Di UK Tahun Ini

93 Rakyat Malaysia Cuba Bawa Masuk Kanabis Ditahan Di UK Tahun Ini

Jumlah ini merupakan hampir suku daripada keseluruhan individu yang ditahan di UK disebabkan oleh cubaan bawa masuk kanabis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pesuruhjaya Tinggi British baru-baru ini memaklumkan bahawa sebanyak 378 penumpang udara ditahan di beberapa lapangan terbang di negara itu antara 1 Januari hingga 12 Ogos kerana cuba menyeludup kanabis.

Daripada jumlah ini, sebanyak 93 individu (24.6%) merupakan rakyat Malaysia. Ini menjadikan mereka kumpulan pesalah kedua tertinggi dari sebuah negara, selepas British.


15 Tan Kanabis Dirampas Di UK Tahun Ini

Menurut Pesuruhjaya Tinggi British, Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) telah merampas 15 tan kanabis di lapangan terbang di United Kingdom tahun ini.

Ini adalah tiga kali ganda jumlah yang dirampas sepanjang tahun lepas.


Pelancong Ditahan Dengan Kanabis Di UK Boleh Dihukum Penjara 14 Tahun

Katanya pelancong yang ditangkap tiba di United Kingdom membawa kanabis berdepan dengan hukuman penjara dan bukan hanya denda seperti didakwa oleh kebanyakan individu yang ditahan.

Untuk info, hukuman maksimum untuk pengimportan kanabis ke dalam UK adalah sehingga 14 tahun penjara.

Setakat ini, seramai 196 orang telah ditahan dan dikenakan hukuman pada tahun ini.


Antara 15kg & 40kg Kanabis Dalam Bagasi Daftar Masuk

Penumpang kebiasaannya kerap ditemukan membawa antara 15kg dan 40kg kanabis di dalam bagasi daftar masuk.

“Kami merayu kepada sesiapa yang dihampiri untuk terlibat dalam penyeludupan untuk betul-betul memikirkan potensi akibat tindakan mereka, dan risiko yang akan dihadapi.

“Kami tahu jenayah terancang boleh meyakinkan, dan menawarkan untuk membayar kurier. Tetapi risiko ditahan adalah tinggi dan risikonya tidak berbaloi,” kata Director-General of Threats NCA, James Babbage.


Yasin Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup & 16 Sebatan

Umum sedia maklum, pada 22 Ogos lalu penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan atas tiga pertuduhan dadah.

Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki kanabis seberat 193.7 gram.

Pertuduhan kedua pula mendakwa dia menanam 17 pokok yang mana daripadanya Kanabis diperoleh secara terus atau tidak langsung.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid.’

Baca Artikel Berkaitan: Yasin Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup & 16 Sebatan, Terus Dibawa Ke Penjara Kajang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd