Now Reading
[Video] Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Di Masjid India

[Video] Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Di Masjid India

Pihak berkuasa telahpun menutup sepenuhnya kawasan mendapan berkenaan di Masjid India dengan menggunakan garisan kuning dan ‘road barrier’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (28 Ogos), sudah masuk hari keenam pencarian wanita warga India, Vijaya Laksmi yang terjatuh ke dalam lubang benam akibat tanah jerlus berhampiran Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sejak tragedi itu berlaku pada pagi 23 Ogos lalu.

Pelbagai cara yang telah digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seperti memperbesarkan lubang serta menggunakan kaedah ‘flushing’, namun sehingga kini, hanya selipar milik mangsa sahaja yang ditemui.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Jatuh Dalam Lubang Benam Di Masjid India, Suami Sempat Dengar Jeritan Isteri Sebelum Senyap [Video]

Satu lagi tanah mendap di Masjid India

Di saat mangsa belum lagi dijumpai, terdapat pula satu lagi kejadian tanah mendap baru yang dikesan berdekatan lokasi sama.

Menerusi hantaran video di akaun X @bernamadotcom, kejadian berlaku berhampiran Pondok Polis Masjid India dan kira-kira 50 meter sahaja daripada lokasi kejadian pertama.

Menurut laporan Bernama, kejadian itu dipercayai berlaku pada 2.30 pagi tadi dipercayai akibat hujan lebat semalam.

Di dalam video tersebut, kelihatan pihak berkuasa telahpun menutup sepenuhnya kawasan mendapan berkenaan yang juga merupakan salah satu jalan utama di Masjid India dengan menggunakan garisan kuning dan ‘road barrier’.

Tular longkang runtuh di Kampung Kerinchi, DBKL ambil maklum

Beberapa hari lalu, turut tular gambar yang menunjukkan satu kejadian longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

Kejadian itu kemudiannya disahkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyatakan bahawa kerja-kerja pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan berkenaan pada malam kelmarin (26 Ogos) .

Orang ramai zahirkan kebimbangan

Sementara itu, memindai ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan kebimbangan mereka akan keselamatan di Masjid India selepas ini.

Malah, tidak kurang juga yang meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk membendung kejadian tanah mendap di sekitar kawasan berkenaan.

Tular dakwaan bawah KL ada gua kosong, rupanya artikel palsu

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan yang mengatakan bahawa Kuala Lumpur bukanlah suatu kawasan yang selamat selepas terdapat kenyataan yang kononnya ditulis oleh pakar dari Universiti Malaya (UM), Dr Sarah Jamal tentang ‘gua kosong yang amat besar di bawah KL’.

Bagaimanapun, pihak UM menafikan tentang artikel itu selain menyatakan tiada ahli geologi Dr Sarah Jamal yang berkhidmat di UM yang wujud dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: “Kandungan Adalah Palsu” – UM Nafi Artikel ‘Gua Kosong Bawah KL’, Tiada Ahli Geologi Nama Dr Sarah Jamal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd