MODENAS Kini Tampil Dengan Logo & Identiti Baharu, Gaya Moden Lebih Berani
Pengenalan elemen ‘Road Star’yang baharu juga mencerminkan arah baharu Modenas yang menekankan kepimpinan industri, keupayaan menyesuaikan diri, dan komitmen untuk pertumbuhan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (27 Ogos), anak syarikat DRB-Hicom Berhad (KLSE:DRBHCOM) iaitu Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) melancarkan logo dan identiti jenama baharunya.
Perubahan itu menandakan aspirasi berani MODENAS untuk masa depan yang memberi tumpuan kepada pengembangan global, teknologi baharu, dan penyelesaian yang lebih bersih.
Tiada lagi logo Gunung Jerai, kini diganti dengan simbol ikonik ‘M’
Dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Jio Space, Petaling Jaya itu, logo lama MODENAS yang sebelum ini menunjukkan lakaran Gunung Jerai seperti huruf ‘M’ telah digantikan dengan simbol ‘M’ yang baharu.
Difahamkan, logo baharu yang diinspirasikan oleh simbol ikonik ‘M’ MODENAS adalah sebagai gaya moden yang berani dan mempunyai bulatan di sekeliling yang menggambarkan ketepatan dan identiti baharu.
MODENAS perkenal elemen ‘Road Star’ yang baharu
Sementara itu, pengenalan elemen ‘Road Star’ yang baharu juga mencerminkan arah baharu jenama ini yang menekankan kepimpinan industri, keupayaan menyesuaikan diri, dan komitmen untuk pertumbuhan.
Ketua Pegawai Eksekutig MODENAS, Roslan Roskan berkata, syarikat itu telah membina asas yang kukuh di Malaysia dan berhasrat untuk meluaskan cita-cita yang sama bagi merentasi sempadan negara.
“Industri mobiliti kini sedang berkembang pesat, didorong oleh keperluan mendesak untuk peralihan tenaga dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelestarian alam sekitar.
“Dengan ini, visi baharu kami akan membawa keseronokan yang menghubungkan orang dan komuniti, dengan menyediakan nilai, teknologi, dan produk lestari di peringkat global,” katanya
MODENAS perkenal MODENAS KRISS 110 baharu
Dalam pada itu, MODENAS turut memperkenalkan varian baharu MODENAS KRISS 110 yang mersra alam dengan memenuhi piawaian pelepasan Euro 4 yang ketat.
Model ini mempamerkan komitmen MODENAS terhadap kelestarian dan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar global.
Pelancaran motosikal baharu ini juga menandakan pasaran yang lebih luas bagi MODENAS ke arah inisiatif yang lebih besar untuk memperkenalkan lebih banyak varia mesra alam pada masa hadapan.
Majlis hari ini turut dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan MODENAS dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhard, Tan Sri Syed Faisal Albar.
Turut hadir sama ialah Pengarah Kanan Industri dan Pembangunan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azrul Reza Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institusi Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram