Now Reading
Kenapa Ketiak Bau Busuk? Ini Cara Terbaik Untuk Atasinya

Kenapa Ketiak Bau Busuk? Ini Cara Terbaik Untuk Atasinya

Antara cara yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan masalah bau badan ialah menjaga pemakanan dan memakai deodoran anti-peluh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas dah berjalan seharian, mesti badan anda mula berbau. Untuk sesetengah orang pula, mereka mungkin mempunyai genetik yang menyebabkan badan berbau.

Apabila badan berbau, mungkin ada yang hanya menyemburkan pewangi konon-konon untuk menutup bau busuk tersebut.

Tapi apa yang sebenarnya menyebabkan badan berbau busuk, lebih-lebih lagi di bahagian ketiak?


Bakteria Sebabkan Ketiak Berbau Busuk

Pengguna TikTok, Riha Jamil, telah menerangkan berkenaan bau badan dan apa yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya.

Dia berkata penggunaan perfume tidak dapat menutup bau badan. Sebaliknya seseorang harus mandi dan membersihkan bahagian yang berbau itu.

Menurutnya, badan berbau disebabkan oleh bahan kumbahan bakteria yang wujud apabila bakteria menguraikan peluh. Merujuk kepada Healthline, peluh sebenarnya tidak mempunyai sebarang bau sebelum diuraikan.

Malah, terdapat sesetengah individu yang mempunyai masalah kuat berpeluh yang digelar hyperhidrosis.


Kelenjar Peluh Apokrin Hasilkan Protein & Lemak

Riha menerangkan bahawa terdapat dua jenis kelenjar peluh pada permukaan kulit iaitu ekrin (eccrine) dan apokrin (apocrine).

Peluh yang dikeluarkan oleh kelenjar ekrin hanya mengandungi air dan garam. Sebaliknya, kelenjar apokrin mengeluarkan peluh dengan kandungan protein dan lemak yang berfungsi sebagai ‘makanan’ bagi bakteria.

Kelenjar apokrin banyak terdapat di bahagian ketiak dan kemaluan. Oleh sebab itulah kedua-dua bahagian ini lebih mudah berbau busuk.

Kelenjar peluh terletak pada bahagian dermis kulit. (Sumber: Wikipedia)

4 Cara Kurangkan Bau Busuk Badan

Dalam pada itu, Riha telah berkongsi empat tindakan yang boleh diambil bagi menghilangkan atau mengurangkan bau busuk badan.

#1. Mandi dengan betul

Paling penting sekali, bakteria yang ada pada tubuh badan perlu dihapuskan agar ia tidak menguraikan peluh. Perkara ini boleh dilakukan dengan mandi secara bersih.

Dia berkata tidak semestinya menggunakan sabun anti-bakteria untuk membunuh bakteria.

Ini kerana menurut Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat, tiada bukti yang menunjukkan sabun anti-bakteria lebih bagus dalam mengelakkan kesakitan berbanding sabun biasa dan air.

Riha sebelum ini telah membuat video yang mengajar orang ramai menggunakan ‘washcloth’ ketika mandi. Gunakan washcloth untuk gosok di bahagian tertentu terutamanya di kawasan lipatan yang agar bakteria dapat dihapuskan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Cara Guna ‘Washcloth’ Untuk Bersihkan Badan Ketika Mandi

#2. Pakai deodoran

Jika anda merupakan seseorang yang sering berpeluh di bawah ketiak, gunakan deodoran yang mempunyai ciri-ciri anti peluh (anti-perspirant).

Menurut Riha, deodoran jenis ini akan menutup kelenjar agar peluh tidak dikeluarkan, sekaligus mengekang sumber makanan bakteria.

Mungkin anda pernah mendengar khabar angin bahawa penggunaan deodoran boleh menyebabkan kanser payudara disebabkan oleh kandungan aluminium.

Namun kajian klinikal pada populasi berkaitan mendapati deodoran tidak menyebabkan kanser payudara dan tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini.

Sumber gambar: Unsplash
#3. Jangan pakai semula pakaian yang telah terkena peluh

Jika anda kuat berpuluh, Riha mengingatkan agar tidak memakai semula pakaian yang telah terkena peluh termasuklah tudung dan anak tudung.

Tambahnya lagi, sesetengah fabrik akan menyimpan bau peluh dan tidak hilang apabila dibasuh. Oleh itu, pilih pakaian dengan fabrik yang bersesuaian.

#4. Jaga pemakanan

Selain itu, makanan dengan bau yang kuat seperti bawang dan rempah-ratus juga akan memberi sedikit kesan pada bau badan.

Dia mencadangkan agar mengurangkan pengambilan makanan sedemikian jika bau badan terlalu busuk.

@momsyrellsy

big sister talk kali ni macam mana terjadinya bau badan? macam mana nak kurangkan?

♬ Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd