Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’
Harus diingatkan posisi ‘cat loaf’ dengan kepala menunduk juga boleh menjadi petunjuk kucing anda dalam kesakitan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing sememangnya antara haiwan kegemaran orang ramai dengan sifatnya yang manja dan comel!
Jika anda memelihara kucing, pasti biasa melihat si bulus itu duduk dalam posisi yang digelar ‘cat loaf’, di mana kesemua kaki dan ekor terselit di bawah badan mereka.
Ia digelar sedemikian kerana kucing kelihatan seperti sebuku roti (yang belum dipotong!) apabila duduk dalam posisi itu.
Tapi tahukah anda, seperti mana-mana tingkah laku kucing lain, posisi ‘cat loaf’ juga ada maksudnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Kucing Suka ‘Disikat’ Guna Kulit Durian
Baca Artikel Berkaitan: Video Kucing Sahut Selawat Sebelum Tidur Raih 4.2 Juta Tontonan!
4 Sebab Kucing ‘Loafing’
Kedai haiwan peliharaan, Sibulus, menerusi video TikTok menerangkan beberapa sebab mengapa kucing duduk dalam posisi roti ini.
#1. Kekalkan Suhu Badan
Kalau anda perasan, kucing suka duduk dalam posisi loaf ketika cuaca sejuk atau sedang tidur. Ini kerana posisi tersebut dapat membantu mereka mengekalkan suhu badan.
Pakar kucing LeeAnna Buis berkata suhu badan kucing menurun sedikit ketika tidur. Oleh itu cat loaf membantu mengekalkan suhu badan yang selesa.
Macam manusia suka simpan tangan dalam poket ketika cuaca sejuk, kucing akan meletakkan kaki hadapan di bawah badannya.

#2. Dalam Keadaan Selesa
Kucing juga akan duduk sedemikian apabila berada dalam keadaan yang selesa dan selamat.
Menurut Sibulus, ini juga secara tidak langsung memberi isyarat bahawa ia tidak mahu diganggu. Jadi jangan usik dia walaupun geram nak gomol!
Pengkaji kucing, Dr Mikel Delgado, menjelaskan kucing sedang rileks dan tidak bersedia untuk melarikan diri ketika duduk dalam posisi loaf.
#3. Menyimpan Tenaga
Posisi loaf turut berfungsi sebagai penyimpanan tenaga buat kucing. Sibulus menerangkan bahawa tenaga yang disimpan bertujuan untuk digunakan ketika ‘memburu’ pada waktu malam.
Oh, sebab itu kucing selalu ‘zoomies’ pada waktu malam!
#4. Sedang Sakit
Walaupun posisi loaf ini kelihatan comel, namun ia juga mungkin dilakukan kerana kucing dalam kesakitan.
Buis berkata kucing yang sakit mungkin kerap duduk dalam posisi loaf dan menundukkan kepalanya. Telinganya juga mungkin kelihatan jatuh sedikit dan mata separa tertutup.
Tambah Dr Delgado, kucing yang duduk dalam posisi loaf juga mungkin mengalami kesakitan pada kakinya. Oleh itu, jangan lupa periksa kaki si bulus.
5 Jenis Cat Loaf
Jadi, macam mana nak kenal pasti jika kucing anda ‘loafing’ ataupun tidak? Sebenarnya ada lima jenis cat loaf yang dilakukan oleh kucing.
- Full loaf: Kesemua kaki diletakkan di bawah badan. Ekor juga diletakkan di bawah atau dirapatkan pada badan.
- Partial loaf: Siku kucing mungkin terkeluar sikit dalam posisi ini. Kaki hadapan juga mungkin diletakkan rata di atas permukaan.
- Loaf boat: Apabila salah satu siku terkeluar lebih daripada sebelah lagi.
- Sphinx pose: Seperti monumen di Mesir, kucing duduk menegak pada belakangnya dengan kedua-dua kaki hadapan dipanjangkan ke depan.
- Face loaf: Jika kucing mengantuk, ia mungkin menunduk ke hadapan. Ini juga petanda kucing anda sakit.

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Sebab Busuk” – Rupanya Ini Alasan Kucing Suka Bau Kaki Manusia
Baca Artikel Berkaitan: Alahan Kucing Pada Manusia Boleh Kurang Jika Si Bulus Makan Telur Ayam?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.