Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini 9 ‘Tourist Scam’ Yang Korang Kena Tahu
Antara taktik yang terkenal adalah menawarkan barangan atau khidmat sebelum meminta bayaran dan mengganggu fokus anda untuk mencopet barang berharga.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Melancong ke luar negara merupakan antara momen yang paling mengembirakan buat ramai keluarga. Apatah lagi setelah penat-lelah mengumpul wang untuk membiaya perjalanan ke sana.
Namun kegembiraan itu boleh menjadi memori buruk jika anda menjadi mangsa kecurian.
Lebih-lebih lagi kalau sehingga melibatkan dokumen penting seperti pasport. Kacau betul!
Ini 9 Scam Yang Terkenal Di Luar Negara
Jadi sebelum ke luar negara, jangan lupa untuk ‘study’ kes-kes yang sering berlaku ke atas pelancong, terutamanya kecurian dan ‘pickpocket’.
Terdapat sembilan scam popular yang selalu dilakukan ke atas pelancong di negara-negara tertentu.
#1. Gelang ‘Friendship’
Ketika bersiar-siar, seseorang akan menghampiri anda dan menawarkan gelang persahabatan atau ‘friendship bracelet’.
Walaupun anda menolak tawaran tersebut, dia akan cuba memakaikan gelang tersebut pada tangan anda sebelum meminta bayaran.
Kaedah ini juga digunakan sebagai gangguan untuk melalaikan anda sementara rakan subahatnya menyeluk saku mensasarkan barangan berharga.
Perkara ini antara taktik yang biasa digunakan untuk menipu pelancong di Paris, Rome, Barcelona dan Cairo.
#2. Bunga Ros
Sewaktu sedang melancong bersama isteri atau kekasih, terutamanya di Paris, Rome dan Barcelona, hati-hati apabila terdapat individu yang memberi bunga ros kepada mereka.
Ini kerana individu tersebut akan meminta anda membayar bunga ros itu dengan harga yang mahal.
Jangan segan untuk menolak bunga ros tersebut. Silap-silap harga setangkai bunga itu sama macam harga sejambak bunga ros.
#3. Cincin
Ketika melancong di Paris, hati-hati apabila berjumpa individu yang sengaja menjatuhkan cincin di hadapan anda dan bertanyakan jika barang kemas tersebut kepunyaan anda.
Dia kemudiannya akan seolah-olah memeriksa cincin tersebut dan berkata ia ialah emas tulen.
Cincin itu akan ditawarkan kepada anda dengan nilai yang tinggi berbanding harga asalnya. Jangan tertipu ya kerana ia adalah emas palsu!
#4. ‘Bayi’ Yang Dicampak
Jika anda sedang berjalan di Rome dan tiba-tiba seseorang membaling bayi (selalunya anak patung) kepada anda, jangan menyambutnya! Walaupun kedengaran kejam, namun ini adalah demi keselamatan anda.
Ini kerana jika anda berbuat demikian, kedua-dua tangan anda akan sibuk memegang ‘bayi’ tersebut.
Ketika inilah rakan sejenayahnya mengambil peluang dan segera menyeluk saku atau beg untuk mengambil barang berharga anda.
#5. ‘Street Games’
Di Paris dan London, mungkin anda akan melihat seseorang melakukan ‘street games’ seperti ‘magic trick’ dan meneka bola di bawah cawan sambil ditonton oleh ramai orang.
Akan tetapi, khalayak tersebut sebenarnya adalah rakan sejenayah dan bertujuan untuk menyebabkan anda ralit memerhatikan permainan jalanan itu.
Keadaan ini akan menyebabkan anda terdedah dan menjadi mangsa kecurian.
#6. Dompet Terjatuh
Apabila terlihat dompet yang tercicir atau terjatuh di atas lantai, kebanyakan orang secara spontannya akan memeriksa dompet sendiri di dalam saku atau beg.
Sebenarnya apabila melakukan perkara tersebut, anda akan menjadi sasaran memandangkan penjenayah telah tahu di mana dompet disimpan.
Perkara ini kebiasaannya berlaku terhadap pelancong yang melawat Rome atau Ukraine.
#7. Kotoran Di Jaket Anda
Apabila melawat negara lain terutamanya ketika musim sejuk, sudah pasti anda akan memakai jaket atau sweater.
Hati-hati jika ke Buenos Aires atau Rio De Janeiro kerana risau jika ada individu yang akan secara sengaja menumpahkan bahan seperti sos tomato untuk mengotorkan pakaian sejuk itu.
Dia kemudiannya akan cuba membantu membersihkan pakaian anda, sekaligus mengambil peluang untuk mencopet barangan berharga dari dalam poket.
#8. Tukang Kilat Kasut
Mungkin ramai yang fikir Istanbul sebagai bandar yang selamat dan pelancong tidak akan menjadi mangsa penipuan. Namun, anda harus berhati-hati kerana di sini ada satu taktik yang sering digunakan untuk menipu.
Seseorang akan menjatuhkan berus kasut di hadapan anda. Apabila anda mengambilnya, dia akan berterima kasih dengan menggilap kasut anda.
Seperti scam lain, dia kemudiannya akan meminta bayaran atas ‘khidmat’ tersebut.
#9. Wanita Tua Memberi Rosemary
Kebiasaannya, kita pasti akan menjadi lembut hati apabila bertemu dengan orang tua. Namun hati-hati kerana inilah taktik yang digunakan oleh sesetengah individu.
Di Madrid dan New Delhi, seringkali terdapat wanita tua yang memberi setangkai daun rosemary kepada pelancong yang dikatakan sebagai simbol persahabatan.
Dia akan menarik tangan anda dan juga mungkin menilik nasib menerusi tapak tangan.
Kemudian dia akan meminta bayaran dan akan menyumpah anda serta keluarga jika tidak dibayar. Seram betul!
Jadi lepas dah tahu semua taktik penipuan ini, berhati-hati ya apabila melancong ke luar negara. Sering berwaspada dengan keadaan dan orang di sekeliling serta jangan senang percayakan sesiapa.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.