Now Reading
[Video] Wanita Ini Jelaskan Mengapa Animasi ‘Skibidi Toilet’ Berbahaya Buat Kanak-Kanak

[Video] Wanita Ini Jelaskan Mengapa Animasi ‘Skibidi Toilet’ Berbahaya Buat Kanak-Kanak

Antara perkara yang terkandung dalam video ‘Skibidi Toilet’ ialah visual yang pelik dan membimbangkan serta elemen ganas seperti berperang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam era teknologi masa kini, kanak-kanak semakin hari semakin terdedah dengan pelbagai ‘content’ video pendek di laman sosial.

Sayang sekali, kebanyakan kandungan dalam talian tidak mempunyai faedah untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Malah, ada kandungan yang sengaja dilakukan dengan pelik untuk menarik minat orang ramai.

Salah satunya ialah video animasi ‘Skibidi Toilet’ yang tular beberapa tahun lalu di aplikasi YouTube dan kini telah menjadi satu ‘meme’ dan ikutan dalam generasi muda.

Ia menggabungkan jenaka, tarian serta animasi yang kelihatan pelik dan tidak masuk akal seperti kepala manusia dalam lubang tandas menari dan menyanyi.


Hasilkan Video Pelik Untuk Tarik Perhatian Penonton

Seorang pempengaruh @miyabell telah berkongsi tentang keburukan trend ‘Skibidi Toilet’ terhadap anak-anak.

Miya menerangkan dia cuba untuk menonton beberapa video tersebut, namun tidak dapat menghabiskannya kerana sifat kandungan yang sangat pelik dan membimbangkan.

Dia kemudian mempersoalkan apakah kepentingan video sedemikian dan mengapakah ia menjadi tontonan ramai.

Menurut Miya, konsep video Skibidi Toilet itu sengaja dilakukan secara pelik dan mengarut. Ini bertujuan untuk menarik perhatian penonton bagi menonton habis video tersebut kerana sifat ingin tahu mereka.

Perkara ini seterusnya boleh menyebabkan mereka menonton video sama berkali-kali sehingga terjadinya ketagihan.


Terdapat Elemen Ganas Dalam Skibidi Toilet

Katanya lagi, video Skibidi Toilet berbahaya buat pemikiran kanak-kanak. Salah satu sebab utama ialah kerana terdapat banyak imej yang membimbangkan dan pelik seperti kepala manusia di dalam lubang jamban.

Selain itu, terdapat juga pelbagai elemen ganas seperti bergaduh dan berperang yang boleh mengakibatkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan anak muda.

Tambah Miya, video sedemikian tidak mempunyai sebarang nilai moral atau pendidikan.

Ia juga secara tidak langsung mengajar kanak-kanak untuk menjadi pelik. Sebagai contoh, terdapat kanak-kanak yang ketagihan dan sering mengulang apa yang dinyanyikan dan disebut oleh watak Skibidi Toilet itu.


Masalah Short-Term Attention Span Dalam Kanak-Kanak

Di samping itu, Miya turut menerangkan berkenaan ‘short-term attention span’ atau perhatian yang singkat dalam kalangan murid-murid masa kini.

Dia mendakwa walaupun dalam kalangan pelajar ‘top 10’ di sebuah sekolah menengah, masih ada yang gagal sesetengah subjek.

Dia mempercayai bahawa perkara ini banyak dipengaruhi oleh perhatian yang singkat dalam kalangan generasi muda. Katanya, ini terjadi kerana terlalu banyak pendedahan terhadap media sosial, terutamanya dalam bentuk video pendek.

“Bila dah terlalu banyak tonton video pendek, mereka tidak lagi berminat untuk menonton video panjang. Kesannya, mereka tidak boleh fokus ketika sedang belajar,” katanya.


Ibu Bapa Perlu Co-Watch Video Dengan Anak

Dalam mengatasi masalah perhatian singkat dan pendedahan terhadap perkara tidak berfaedah, Miya mencadangkan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa.

Sebagai contoh, memandangkan telefon pintar seolah-olah telah menjadi satu keperluan walaupun untuk kanak-kanak, dia mengingatkan ibu bapa agar menapis kandungan dan memilih content bersesuaian dengan umur anak.

Selain itu, dia turut mencadangkan ibu bapa untuk mengawas dan menonton sama-sama (co-watch) kandungan yang dilihat oleh anak.


“Kanak-Kanak Bawak 18 Tahun Tak Digalakkan Main Media Sosial” – Miya

Ibu bapa juga perlu menjelaskan akibat menonton banyak perkara yang tidak mendatangkan faedah, katanya.

Kalau awak tanya saya, saya sangat tak galakkan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah bermain media sosial. Kita nak suruh orang tak buat kandungan yang pelik ni susah.

Pempengaruh, Miyabell

Katanya, kanak-kanak membesar dengan otak yang bersih dan suci yang sepatutnya diisi dengan perkara-perkara berfaedah.

https://www.tiktok.com/@miyabell/video/7404028421648420097

Ramai Sukar Fokus Dengan Video Panjang

Di samping itu, Miya berkata perhatian yang singkat turut terjadi dalam kalangan generasi tua.

Dia yang merupakan seorang ‘content creator’ berkata terdapat sesetengah individu yang akan bertanya semula perkara yang telah jelas diterangkan di dalam video.

Perkara ini menunjukkan bahawa ramai orang tidak lagi mampu memberikan tumpuan terhadap video panjang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd