Now Reading
Cikgu Terkejut, Anak Murid Bercita-Cita Nak Jadi Pemb*nuh Kerana Pengaruh Video Game

Cikgu Terkejut, Anak Murid Bercita-Cita Nak Jadi Pemb*nuh Kerana Pengaruh Video Game

Murid tersebut ingin mengikut jejak langkah satu watak dalam permainan video yang dirasakannya ‘cool’ dan hebat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebanyakan orang pasti memasang cita-cita dan impian sejak kecil lagi. Bagi kanak-kanak, mereka mungkin terinspirasi setelah melihat orang dewasa melakukan pekerjaan yang bagus seperti doktor, bomba dan polis.

Namun dengan peredaran zaman, terdapat banyak pekerjaan ‘di luar kotak’ yang menjadi pilihan anak-anak seperti gamer dan influencer.


Anak Murid Bercita-Cita Jadi Pembunuh

Dalam satu video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok (@greysoyrus), seorang guru yang dikenal sebagai Fit Razak, menceritakan dia terkejut mendengar anak muridnya bercita-cita untuk menjadi seorang pembunuh.

Dia pada mulanya bertanya kepada murid-murid di sebuah kelas yang diajarnya apakah cita-cita mereka. Katanya, rata-rata murid-murid menjawab mereka ingin menjadi gamer dan influencer.

Walaupun begitu, Fit tidak merasakan perkara itu sebagai suatu masalah memandangkan ia mengikut peredaran zaman.

Namun, dia berasa sangat terkejut apabila seorang murid tiba-tiba menjawab dia bercita-cita menjadi pembunuh. Apabila ditanya mengapakah murid itu memilih cita-cita sedemikian, dia hanya mendiamkan diri sahaja.


Terinspirasi Dari ‘Idola’ Dalam Video Game

Setelah ditanya berkali-kali, barulah kanak-kanak itu mengakui bahawa dia ingin mengikut jejak langkah watak dalam satu permainan video yang tidak dikenal pasti.

Menurut Fit, kanak-kanak itu merasakan tindakan membunuh orang yang dilakukan oleh watak tersebut adalah ‘cool’ dan hebat.

Saya fikir balik benda tu sangat menyedihkan sebab tak patut dicontohi. Kenapa kanak-kanak boleh terfikir untuk ikut perkara yang tidak bagus walaupun ia sangat berbahaya?

Guru, Fit Razak
Gambar sekadar hiasan (Sumber: Unsplash)

Penggunaan Media Kanak-Kanak Perlu Dipantau

Mungkin terdapat sesetengah individu yang menganggap ia sebagai perkara biasa memandangkan ia melibatkan kanak-kanak yang masih belum matang.

Namun Fit berkata kanak-kanak perlu dikawal dan dididik dari kecil berkenaan penggunaan media seperti permainan video yang dimain olehnya.

Katanya, tidak mustahil jika kanak-kanak tersebut akan mengikut perkara yang negatif jika tidak dibendung dari awal. Ini kerana mereka telah mempelajari perkara tersebut sejak kecil di luar pengetahuan orang dewasa seperti ibu bapa dan guru.

Dia juga meminta ibu bapa agar memantau penggunaan internet kanak-kanak kerana ia dapat mempengaruhi segala tindak-tanduk mereka.

Antara permainan video yang tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Ini Jelaskan Mengapa Animasi ‘Skibidi Toilet’ Berbahaya Buat Kanak-Kanak


Murid Tak Main Lagi Video Game Tersebut

Guru itu telah menasihati murid tersebut bahawa perkara yang dilakukan oleh watak permainan video itu (bunuh) adalah tidak betul, sesuatu yang jahat dan berdosa.

Dia juga diberitahu bahawa muridnya tidak lagi bermain permainan video tersebut.

Dalam masa sama, Fit mengingatkan ibu bapa agar memerhatikan juga kebebasan yang diberi kepada anak-anak agar tidak memberi impak negatif.

Ibu bapa harus memeriksa telefon pintar mereka untuk melihat permainan serta video apa yang ditonton mereka.

https://www.tiktok.com/@greysoyrus/video/7404730085435002119

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd