[Video] Wanita Rakam Kelibat Lelaki Bersembunyi Dalam Semak Belakang Rumah
Lelaki yang tidak dikenali itu telah melarikan diri sebaik sahaja pihak polis tiba di tempat tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes jenayah semakin menjadi-jadi kini sehingga menimbulkan rasa gusar dalam kalangan orang ramai, terutamanya para wanita.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi di TikTok (@elegantcosmetics.shania) bahawa dia dihendap oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Difahamkan kejadian itu berlaku di kediamannya yang terletak di Keningau, Sabah.
Lelaki Menghendap Dari Celah Semak
Menerusi video yang dimuat naik, lelaki tersebut kelihatan sedang menghendap di celahan semak-samun di belakang rumahnya.
Shania berkata dia pada mulanya menyedari terdapat daun yang bergerak ketika sedang menjemur kain di belakang rumah.
Dia segera masuk ke dalam rumah sebelum menyedari terdapat seorang lelaki yang berada di celah-celah semak.
Dia kemudiannya merakam lelaki terbabit menggunakan telefon pintarnya dari tingkap di tingkat atas rumah.
Lelaki Tersebut Semakin Menghampiri Kediaman
Menurut Shania, rumahnya berpagar dan lelaki tersebut berada di kawasan tanah hak milik individu lain.
Berdasarkan video yang dimuat naik, dapat dilihat lelaki yang tidak dikenali itu semakin menghampiri dan sering memerhatikan rumahnya. Dia juga dilihat memegang sehelai kain, namun tidak jelas apa yang dilakukan olehnya ketika itu.
Perkara ini menyebabkan Shania yang berasa gusar segera menelefon talian kecemasan 999 bagi melaporkan perkara tersebut.
Dia yang hanya ditemani adik perempuannya di rumah berasa takut dengan kehadiran lelaki tersebut yang semakin menghampiri kediamannya.
Lelaki Larikan Diri Setelah Polis Tiba
Shania telah dinasihati oleh pihak polis agar sentiasa perhatikan pergerakan individu itu secara senyap sementara menunggu ketibaan mereka.
Namun sebaik sahaja polis tiba di kediaman tersebut, lelaki terbabit terus melarikan diri. Menurut Shania, lelaki itu telah terjun dari tempat yang tinggi sebelum menghilangkan diri.
Dua anggota polis yang berada di sana tidak dapat mengejar lelaki berkenaan memandangkan terdapat pagar yang memisahkan mereka.
Kata Shania, pagar tersebut tidak mempunyai pintu, sebaliknya harus dibuka secara manual yang memakan masa.
@elegantcosmetics.shania Replying to @No More Okay sampai sini saja cerita dia. Polis sampai, dia terus terjun lari.
♬ original sound – ElegantCosmetics.shania – ElegantCosmetics.shania
Orang Ramai Nasihat Agar Bersihkan Semak-Samun
Menjenguk ke ruangan komen, ramai pengguna TikTok menasihati wanita itu agar membersihkan kawasan tersebut untuk mengelakkan perkara sama berulang.
Namun Shania menjelaskan sekali lagi bahawa tanah di belakang rumahnya itu dimiliki oleh jiran dan bukanlah kepunyaannya.




Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



