Now Reading
2 Budak Lelaki Dilaporkan Hilang, Rupanya Terperangkap Dalam Lif 9 Jam

2 Budak Lelaki Dilaporkan Hilang, Rupanya Terperangkap Dalam Lif 9 Jam

Kedua-dua kanak-kanak tersebut ditemukan selamat dan tanpa sebarang kecederaan dalam lif sebuah kondo di Cheras.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang petang semalam di Desa Petaling, Cheras telah ditemui jam 12.45 tengah malam tadi (20 Ogos).

Kanak-kanak berusia 11 tahun, Faiq Adiwira bersama rakannya berusia 10 tahun telah ditemukan terperangkap dan tertidur dalam sebuah lif yang sedang diselanggara di sebuah kondominium di Desa Petaling.


Mangsa Terperangkap Lebih 9 Jam Dalam Lif

Dipercayai kedua-dua kanak-kanak tersebut telah terperangkap selama lebih 9 jam di dalam lif dan dikesan melalui CCTV.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh, kedua kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan selamat dan tanpa sebarang kecederaan.

Ibu saudara kepada salah seorang mangsa berkata pintu lif telah terbuka sendiri sebelum mereka keluar dalam keadaan yang lapar dan mengantuk, lapor Sinar Harian.


Loceng Lif Berfungsi Namun Tiada Respon

Sebelum itu, polis menerima dua laporan berhubung kehilangan dua kanak-kanak tersebut petang semalam (19 Ogos).

“Berdasarkan maklumat, dua kanak-kanak terbabit telah keluar rumah pada jam 2.30 petang semalam untuk membeli pau di kedai berdekatan simpang sebuah sekolah menengah sebelum mereka terperangkap dalam lif berkenaan,” kata Ravindar.

Menurut bapa kepada salah seorang mangsa, kedua kanak-kanak tersebut telah menekan loceng lif berkali-kali namun tiada sebarang respon yang diberikan.

Sumber gambar: Facebook

Hilang Semasa Keluar Beli Pau Pada 2pm, Pencarian Dilakukan Bermula 7.50pm Semalam

Berdasarkan perkongsian oleh ibu mangsa menerusi laman Facebook, anaknya Faiq telah keluar bersama rakannya bernama Absyar sekitar jam 2 petang untuk membeli pau.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut tidak pulang ke rumah sehingga 7 petang, sebelum usaha pencarian dilakukan bermula 7.50pm.

Mereka walau bagaimanapun gagal ditemukan sehingga jam 12.05am ketika itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd