[Video] Aksi Kanak-Kanak Dukung Rakan Istimewa Naik Tangga Raih Pujian Ramai
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat beberapa orang murid sekolah rendah berkenaan bergilir-gilir mendukung rakan istimewa mereka itu menuju ke makmal RBT yang terletak di tingkat paling atas.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selain ibu bapa dan ahli keluarga, kawan merupakan antara individu yang paling dekat dengan diri sendiri dalam kehidupan seharian.
Ini kerana merekalah antara orang terpenting yang sanggup bersusah payah dan menghulurkan bantuan tanpa mengira apa pun selain ibu bapa dan guru.
Oleh sebab itu, ada di kalangan ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak kisah jika anak mereka keluar bersama rakannya kerana tahu ada seseorang yang boleh menemani dan menjaga anak mereka itu.
Kanak-Kanak Perempuan Bantu Kendong Rakan Istimewa
Bercakap mengenai semangat setia kawan, sikap beberapa orang kanak-kanak di sebuah sekolah rendah menjadi bualan ramai apabila menghulurkan bantuan kepada rakannya yang istimewa.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @fazleismail, kelihatan kanak-kanak kurang upaya (OKU) itu didukung oleh beberapa orang rakannya.
Pada permulaan video tersebut, seorang budak perempuan dilihat membawa dan mendukung kanak-kanak istimewa itu di bahagian belakang badannya.
Apa yang turut menjadi perhatian adalah budak perempuan berkenaan turut memastikan aurat kanak-kanak istimewa itu terjaga dengan memastikan baju kanak-kanak istimewa itu tidak terselak ketika menaiki tangga tersebut.
Kemudian, kelihatan rakan-rakan yang lain turut bergilir-gilir membawanya dengan cara yang sama iaitu dukung di bahagian belakang menuju ke destinasi yang dituju.
“Semangat setiakawan, sahabat selamanya,” tulis pengguna TikTok berkenaan.
Pergi Ke Makmal Yang Terletak Di Tingkat Atas, Kelas Di Bawah
Menurut pengguna TikTok yang dipercayai guru sekolah berkenaan, kesemua murid sekolah yang berusia 10 tahun itu sedang menuju ke makmal bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang terletak di tingkat paling atas bangunan berkenaan.
Malah, tujuannya berkongsi video tersebut hanyalah sekadar untuk menunjukkan nilai murni yang diamalkan oleh kesemua kanak-kanak berkenaan.
Jelas Fazle lagi di ruangan komen, pergerakan dan perbuatan murid-murid tersebut turut dipantau oleh guru yang terlibat.
@fazleismail Semangat Setiakawan. Sahabat Selamanya.
♬ Tentang Bulan – Amelia Falisyaa
Pengguna TikTok Beri Pelbagai Reaksi, Ada Juga Yang Persoal
Video yang telah mendapat lebih 300 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Kebanyakannya memberi pelbagai reaksi dan pendapat masing-masing apabila melihat situasi berkenaan.
Majoriti daripada mereka memuji perbuatan kesemua kanak-kanak itu yang ikhlas dalam membantu rakan istimewa mereka.
Namun, ada juga pengguna media sosial yang mempersoalkan pihak sekolah kerana tidak meletakkan kelas murid istimewa itu di aras bawah.
Walau bagaimanapun, menurut Fazle, kelas kanak-kanak terbabit sememangnya terletak di aras bawah bagi memudahkan pergerakannya.
Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi kisah sama anak mereka yang menghulurkan bantuan kepada rakan istimewa mereka.
Berikut merupakan komen pengguna TikTok:
“Ya Allah, Nak Nangis, Laratnya Awak Dik, Acik Tadi Pergi Sekolah Nak Ambil Report Kad Kelas Atas Sekali, Mengah. Sihat Selalu Ye Anak-Anak”

“Kawan-Kawan Yang Baik, Sama-Sama Membantu, Tapi Ada Risiko Macam Ini Pada Kawan-Kawan & Anak Yang Sakit Ini”

“Semoga Membesar Menjadi Srikandi Syurga, Teruslah Berakhlak Baik, Berkawan Baik Hingga Jannatul Firdausi”

“Cadangan Saya, Tak Boleh Ke Pindahkan Kelas Ke Tingkat Bawah, Bahaya Tengok Macam Tu”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



