[Video] Kreativiti Ibu Ini ‘Wean-Off’ Bayi Dari Puting Raih 3.6 Juta Tontonan!
Wanita tersebut telah mengikat beberapa belon helium di pacifier bayinya yang kemudiannya diterbangkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sesetengah bayi memerlukan bantuan puting atau ‘pacifier’ untuk membantu menenteramkan mereka. Jika puting tersebut hilang, pasti mereka akan mengamuk!
Menurut American Academy of Pediatric Dentistry (AAPD), puting dicadangkan agar dipisahkan daripada bayi selewat-lewatnya pada usia tiga tahun. Ini kerana ia boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk risiko jangkitan telinga dan masalah gigi.
Namun, perkara ini sememangnya tidak mudah, lebih-lebih lagi jika bayi telah terbiasa dan selesa dengan puting yang dianggap sebagai ‘rakan baik’ mereka.
Pacifier Diterbangkan Menggunakan Belon Helium
Seorang ibu tampil dengan idea di luar kotak bagi membantu anaknya putus puting.
Video menyaksikan ‘kaedah’ yang digunakan bagi tujuan tersebut telah dimuat naik di akaun TikTok @syimaeima dan telah menerima sehingga 3.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis!
Kelihatan bayinya sedang menghisap pacifier di luar rumah yang telah diikat pada beberapa belon helium.
Tidak lama kemudian, bayi itu melepaskan pacifier yang dibawa terbang belon. Menerusi video itu, dia mendongak ke langit untuk melihat pacifier itu terbang semakin tinggi di langit.
Sayu betul tengok video itu, dengan lagu ‘What Was I Made For’ Billie Eilish versi ‘meow meow meow meow’ pula 🥹
@syimaeima Every baby's sad story 😥 #baby #cutebaby #babylove ♬ son original – Cat’slife
‘Pacifier Farewell Paling Estetik’ – Pengguna TikTok
Di ruangan komen, seorang pengguna TikTok memuji kaedah itu sebagai ‘pacifier farewell’ yang paling estetik pernah disaksikannya.
Ada juga yang berseloroh berkata pasti akan ada soalan karangan bertajuk “Aku sebuah pacifier.”
Seorang ibu turut berkongsi bagaimana anaknya putus puting. Dia membiarkan sahaja puting tersebut koyak dan tidak menukar dengan yang baharu sehingga anaknya sendiri menghentikan tabiat itu.
Seorang ibu lain berkata bayinya telah berhenti menghisap puting, tetapi sambung pula ‘layan’ jari.
Di samping itu, puting yang terbang itu telah menimbulkan persoalan di manakah ia akan mendarat. Seorang individu berseloroh seolah-olah telah menerima puting tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana memberi ‘free shipping.’ Macam-macam!
Bayi Menangis Rindukan Pacifier
Dalam satu hantaran lain, Syima berkata bayinya menangis dan meminta puting yang telah diterbangkan itu. Perkara itu turut membuatkan dia sama-sama menangis.
Alahai kesian pula tengok adik menangis. Tabah ya baby, nanti mommy belanja toys!
@syimaeima Replying to @Shuhs My baby is crying for the pacifier, and I am too 🥲😭 #baby #cutebaby #babylove #pacifier ♬ original sound – Syima Eima
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.