Now Reading
“I’m Sorry Malaysia” – Shah Firdaus Mohon Maaf, Akui Perlu Masa Untuk Terima Kenyataan Terlepas Pingat

“I’m Sorry Malaysia” – Shah Firdaus Mohon Maaf, Akui Perlu Masa Untuk Terima Kenyataan Terlepas Pingat

Dia yang berada di tempat ketiga kira-kira 25m dari garisan penamat terjatuh selepas terlibat dalam perlanggaran dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano dan atlet Great Britain, Jack Carlin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Atlet basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom, yang telah berjuang di peringkat akhir acara Keirin di temasya sukan Olimpik Paris 2024 memohon maaf selepas terlepas pingat gangsa.

Permohonan maaf yang dimuat naik menerusi hantaran InstaStory dilakukan sekitar jam 8 malam tadi, iaitu sebaik menamatkan acara Keirin.

Sumber gambar: @shahfirdaus95/ Instagram

Berlakunya Perlanggaran Antara 3 Atlet

Dia yang pada mulanya berada pada kedudukan gangsa kira-kira 25m dari garisan penamat terjatuh apabila terjadinya perlanggaran antaranya, pelumba Jepun, Shinji Nakano dan atlet Great Britain, Jack Carlin.

Perkara itu sekaligus membuka ruang bagi atlet Australia, Matthew Glaetzer, yang berada di tempat terakhir untuk memecut dan mengambil tempat ketiga.

Dengan gelaran ‘The Terminator’, Shah Firdaus tetap bangun dan menolak basikalnya ke garisan penamat untuk menamatkan perlumbaan.

Namun lebih melukakan hati apabila Shah Firdaus yang sepatutnya berada pada tempat keempat, jatuh kedudukan ke tempat keenam selepas diturunkan (relegated) kerana memasuki laluan pelumba Jepun.


“Saya Dah Ada Kat Situ” – Shah Firdaus

Shah Firdaus pada mulanya berasa yakin akan menaiki podium dan telah menyediakan barang keperluan bagi upacara penganugerahan pingat. Ketika ditemu bual pihak Arena, dia jelas kecewa kerana yakin dapat mengalahkan pihak lawan.

“Saya memang berada pada posisi untuk meraih pingat apabila telah melepasi separuh daripada basikal Nakano tetapi secara tiba-tiba tayar belakang saya dilanggar. Kemudian pelumba di kedudukan nombor keenam yang dah give up untuk kejar (Matthew Glaetzer) tamat perlumbaan di tempat ketiga,” jelasnya.

Namun Shah Firdaus berkata ini bukanlah masa untuk dia menyalahkan sesiapa kerana apa sahaja boleh berlaku dalam acara Keirin.

Macam yang anda lihat, orang yang berada di kedudukan terakhir boleh dapat gangsa. Saya memang dah ada kat situ dah.

Atlet basikal negara, Shah Firdaus

Dalam pada itu, dia memaklumkan akan mengambil masa untuk menerima kenyataan tersebut kerana ia tidak mudah.

“Dari pagi saya set minda bahawa saya ada kemampuan untuk meraih pingat. Jika saya tidak beri cabaran langsung untuk pingat saya boleh terima tetapi ini susah untuk hadam,” katanya.


Shah Firdaus Minta Orang Ramai Tidak Kecam Nakano

Banyak pihak menyifatkan Nakano sengaja menghimpit Shah Firdaus sehingga terjatuh berdasarkan rakaman acara yang tular di media sosial.

Perkara ini menyebabkan ramai pengguna media sosial mula menyerang akaun Instagram Nakano, malah ada yang sehingga bersikap rasis.

Shah Firdaus walau bagaimanapun berkata Nakano tidak melakukan perkara itu dengan sengaja dan meminta semua pihak agar tidak mengecamnya di media sosial.


“Baton Has Been Passed” – Azizulhasni Awang

Dalam pada itu, pemegang pingat perak di Olimpik Tokyo 2020, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang, memuat naik ucapan buat Shah Firdaus di akaun Instagramnya.

Dia yang mengumumkan persaraannya ketika ditemubual Arena di Velodrom Saint Quentin en Yveline, Paris berasa yakin bahawa legasi negara dalam sukan berbasikal akan diteruskan oleh Shah Firdaus.

Baca Artikel Berkaitan: Azizulhasni Dedah Paris 2024 Adalah Sukan Olimpik Terakhirnya

Azizulhasni berkata tidak mudah untuk memasuki pusingan akhir Keirin di Sukan Olimpik dan Shah Firdaus menunjukkan prestasi cemerlang berbanding di Tokyo di mana dia terkandas di suku akhir.

Satu persembahan yang kita semua perlu bangga dan saya berharap Shah akan terus bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dari masa ke semasa untuk terus kekal cemerlang di peringkat antarabangsa.

Atlet basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang

Azizulhasni juga percaya bahawa Shah akan tampil lebih cemerlang di Los Angeles kelak.

Pocket Rocketman negara itu telah dibatalkan penyertaannya (DSQ) dalam acara Keirin pada pusingan pertama kerana melepasi pacer.

Pencapaiannya sepanjang kerjaya dalam dunia berbasikal amat menakjubkan apabila meraih pingat di beberapa temasya sukan terkemuka dunia seperti World Championship Hong Kong 2017 (emas), Olimpik Tokyo 2020 (perak) dan Olimpik Rio 2016 (gangsa).

Baca Artikel Berkaitan: “Pacer Bergerak Perlahan, Saya Dihimpit” – Azizulhasni Perjelas Punca ‘Disqualified’ & Tersingkir

Baca Artikel Berkaitan: Aniq Kasdan Tempat Keempat Olimpik Paris, Hanya Beza 1kg Dengan Pemenang Gangsa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd