Now Reading
“KLCC…C?” – Poster Ucapan Hari Kebangsaan IPD Brickfields Jadi Bualan, Ini Penjelasan Pihak Pengiklanan

“KLCC…C?” – Poster Ucapan Hari Kebangsaan IPD Brickfields Jadi Bualan, Ini Penjelasan Pihak Pengiklanan

Paparan iklan IPD Brickfields menjadi bualan ramai kerana memaparkan visual Menara Berkembar Petronas yang mempunyai tiga blok berbanding dua.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bulan Ogos merupakan bulan istimewa buat rakyat Malaysia. Ini kerana ia merupakan bulan kemerdekaan negara tercinta kita.

Oleh kerana itu, dapat dilihat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sempena memperingati hari bersejarah.

Tidak kurang juga ada pihak yang mengambil peluang untuk menzahirkan ucapan sempena Hari Kebangsaan negara melalui hantaran media sosial atau di papan iklan.

Rekaan Poster Papar Bangunan KLCC Ada Tiga Blok

Semalam (8 Ogos), tular di media sosial satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook mengenai sebuah poster ucapan sambutan Hari Kemerdekaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah rekaan poster yang dilihat mempunyai kesalahan dengan paparan mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas (KLCC) mempunyai tiga bangunan berbanding yang sebenarnya, dua blok.

Poster yang didakwa dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan) itu mula menjadi bualan ramai akibat rekaan tersebut yang dilihat sambil lewa dan tidak sensitif.

“Bulan kemerdekaan ni la masa untuk tunjuk semangat patriotik kita. Effort (usaha) kena ada sebab bulan memperingati kemerdekaan, bulan bersejarah.

“Kalau poster pun buat pakai AI, KLCC ada tiga, pemalas sangat ke amik je gambar Google asalkan gambar asli? Shutterstock, Freepik even Pexels yang gambar free to use pun banyak gambar yang helok.

“Dah la poster rasmi dari cawangan PDRM, kamu semua tu badan beruniform rasmi,” tulis pengguna berkenaan.

Bulan kemerdekan ni la masa untuk tunjuk semangat patriotik kita. Effort kene ada sebab bulan memperingati kemerdekaan,…

Posted by Adib Mazlee on Wednesday 7 August 2024

Rekaan Jadi Bualan Pengguna Facebook

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian pengguna Facebook yang lain. Rata-rata daripada mereka seakan tidak percaya dengan rekaan poster itu yang kononnya datang daripada badan beruniform.

Malah, ada yang turut mempertikaikan kebolehan kecerdasan buatan yang digunakan bagi membuat design poster kerana kemudahan itu dilihat mampu mengubah dan menimbulkan salah faham.

Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan pihak bertanggungjawab yang tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum meluluskan rekaan tersebut.

IPD Brickfields & Syarikat Pengiklanan Tampil Beri Penjelasan

Susulan hantaran yang tular itu, IPD Brickfields dan syarikat pengiklanan, Wow Media tampil memberi penjelasan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook rasmi milik mereka, IPD Brickfields menjelaskan poster berkenaan merupakan paparan iklan yang diletakkan di kawasan Desa Sri Hartamas.

“Pihak IPD Brickfields telah menasihatkan pemilik syarikat pengiklanan untuk menurunkan iklan tersebut dengan serta merta,” tulisnya.

Paparan Ucapan Hari Kemerdekaan yang tular di media sosial adalah paparan dari Papan Iklan Digital di kawasan Desa Sri…

Posted by Polis Brickfields on Thursday 8 August 2024

Syarikat Pengiklanan Mohon Maaf

Malah, syarikat pengiklanan yang terlibat iaitu Wow Media turut mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

“Kami ingin memaklumkan mengenai isu yang berlaku dengan visual ‘Ucapan Selamat Hari Kebangsaan Oleh IPD Brickfields’ yang dipaparkan pada skrin di Hartamas.

“Kami telah mengenal pasti akan kesalahan dalam visual yang dipaparkan pada skrin tersebut dan telah segera memadam visual itu.

“Kami mohon maaf atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dan akan menilai semula prosedur untuk mengelakkan masalah serupa pada masa akan datang,” tulis mereka.

KENYATAAN MEDIA RALAT: IMEJ PADA PAPARAN SKRIN DI HARTAMAS

Posted by WOW Media Sdn Bhd on Thursday 8 August 2024

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Takut Nanti Silap-Silap Bendera Kita Pun Terlebih Jalur Kerana Guna Ai Ni”

“Yang Guna Ai Satu, Yang Orang Atas Tak Reti Check Kerja Orang Bawah Ke”

“Apa Salah Ambil Gambar Betul Yang Dah Ada, Tak Payah Lukis Pun, Jijik Tengok”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd