[Video] Orang Ramai Geli Hati Tengok Kanak-Kanak Takut ‘Dikelilingi’ Rambutan
Ibu kepada kanak-kanak terbabit menerangkan bahawa anaknya geli dengan semua buah dan bukannya rambutan sahaja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Telatah kanak-kanak sentiasa mencuit hati. Mereka gemar melakukan perangai yang pelik dan tidak masuk akal.
Antaranya ialah menangis selepas menghabiskan makanan dan masuk ke dalam kain pelikat sewaktu bapa sedang solat. Nak marah tak sampai hati pula!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Suspek’ Masuk Kain Pelikat Waktu Ayah Solat. Beratnya Dugaan!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Lelaki Selamba Banding Saiz Perut Dengan Perdana Menteri Waktu ‘Live’
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kat Padang Ragbi” – Abang Tarik Adik Yang Jalan Depan Pengantin Waktu Berarak Ke Dewan
Kanak-Kanak Menangis ‘Dikelilingi’ Rambutan
Baru-baru ini, tular video dimuat naik ke akaun TikTok, Wulan Caira (@wulan.caira), menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menangis dikelilingi rambutan.
Wulan yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu menulis di video bahawa dia dan suaminya ‘mengusik’ anaknya yang takut dengan buah tempatan itu.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki dipercayai bapa kanak-kanak berkenaan meletakkannya di tengah-tengah bulatan yang dibuat menggunakan rambutan.
Kedengaran kanak-kanak yang ketakutan itu menangis dengan kuat dan tidak berani untuk melangkah keluar dari bulatan rambutan itu.
@wulan.caira sorry anakk 😭😂😂
♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Pengguna TikTok ‘Join’ Sakat Kanak-Kanak
Lebih menggelikan hati lagi apabila orang ramai di ruangan komen turut bersama-sama mengusik kanak-kanak terbabit.
Ada yang sampai suruh letak rambutan dalam pampers dan baju ataupun bawa terus ke pokok rambutan. Nakal ya!
Ada juga yang berkata mereka turut mengusik kanak-kanak dengan benda yang ditakuti agar tidak melakukan sesuatu. “Adik aku takut rambutan, aku letak depan TV supaya tak banyak tengok TV,” kata seorang pengguna TikTok.
“Adik kemas baju cepat. Kejap lagi akak pick up,” seloroh seorang wanita seolah-olah ingin ‘menyelamatkan’ kanak-kanak itu.
Namun, seorang pengguna TikTok memberi peringatan yang kanak-kanak terbabit boleh menjadi trauma diusik sedemikian rupa. Si ibu bagaimanapun menjelaskan dia hanya mahu mengenalkan buah tempatan itu kepada anaknya.
Kanak-Kanak Geli Dengan Semua Buah
Dalam satu perkongsian lain, ibu kepada kanak-kanak itu berkata dia bukan hanya takut dengan rambutan, tetapi berasa geli dengan semua buah, termasuklah buah naga.
Satu video lain dimuat naik di TikTok Wulan turut menyaksikan anaknya geli dengan buah durian. Macam mana nak makan buah ni dik 😆
@wulan.caira Replying to @Shiro ♬ Funny song for video creation – dg cria
Kanak-Kanak Boleh Kena PTSD Jika Terlalu Takut
Perkara ini mungkin kelihatan comel dan kelakar buat orang ramai, namun harus diingatkan agar tidak terlalu keterlaluan dalam bergurau ya?
Ini kerana menyakat seorang kanak-kanak secara keterlaluan mungkin boleh menyebabkan dia mengalami trauma.
Sebelum ini, Public Health Malaysia pernah menerangkan di Facebook mengenai trauma kanak-kanak yang ‘didera’ dengan cara mencampakkan ular kepadanya. Jelasnya, keadaan itu boleh menyebabkan kesan trauma mental yang berpanjangan (PTSD).
Trauma ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak perkara antaranya menjadi mangsa kemalangan, mangsa rogol, mangsa bencana alam, serta pengalaman yang menakutkan seperti ancaman ular. Tanda-tanda PTSD termasuk:
- Pendedahan terhadap trauma sama ada secara langsung atau tidak langsung.
- Merasai kembali (re-experience) trauma meneru mempi ngeri, flashback dan sebagainya.
- Mudah terkejut dan berasa resah dengan perkara berkaitan trauma.
- Mengelak perkara berkaitan trauma.
- Kesemua tanda di atas berlaku lebih sebulan dan menjejaskan fungsi individu
Oleh itu, ibu bapa diingatkan agar berpada-pada apabila mengusik anak-anak. Tanya kepada anak mengapa mereka menakutkan sesuatu. Jika ia perkara yang remeh seperti rambutan, terangkan kepada mereka mengapa tidak sepatutnya berasa takut terhadap perkara itu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Akibat Takut Ditinggalkan, Anak Kecil Ini Kejar Ibu Hingga Raih Tempat Pertama Acara Lumba Lari!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.