Now Reading
Bomba Tangkap 29 Ular Sawa Dalam Longkang Berdekatan Kedai Mamak Di Shah Alam

Bomba Tangkap 29 Ular Sawa Dalam Longkang Berdekatan Kedai Mamak Di Shah Alam

Difahamkan ular yang ditangkap itu terdiri daripada seekor ular sawa induk bersama 28 anak yang baru sahaja menetas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sekitar 29 ekor ular sawa ditemukan di dalam saluran longkang berhampiran restoran Khulafa di Seksyen 20, Shah Alam malam tadi (7 Ogos).

Difahamkan bahawa terdapat seekor induk sepanjang dua meter bersama 28 ekor anak ular yang baru sahaja menetas, lapor Kosmo.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Nazmi Halil, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.56 malam.

Sehubungan itu, dua orang pegawai dan empat anggota bomba dari BBP Shah Alam digegaskan ke lokasi kejadian.


Ular Baru Ingin Keluar Dari Saluran Longkang

Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati ular-ular tersebut seperti baru ingin keluar daripada saluran longkang yang menjadi sarangnya.

Ahmad Nazmi berkata operasi tersebut mengambil masa selama 12 minit dan penjerut digunakan bagi menangkap semua ular sawa tersebut.

“Kita percaya sebanyak 28 ekor ular tersebut baharu sahaja menetas,” katanya.

Menerusi gambar dikongsi di akaun Facebook Bomba & Penyelamat Shah Alam, kelihatan ular-ular tersebut berada di dalam dua saluran longkang.

Sumber gambar: Bomba & Penyelamat Shah Alam/ Facebook

26 Ular Sawa Ditangkap Di Lokaliti Sama Sebelum Ini

Ahmad Nazmi berkata sekitar 26 ekor ular spesis sama telah ditangkap sebelum ini di lokaliti itu.

Oleh yang demikian, dia berkata tidak mustahil jika saluran longkang di sana menjadi sarang untuk ular-ular bertelur.

Ahmad Nazmi memaklumkan bahawa kesemua ular yang telah ditangkap dilepaskan di tempat yang selamat.

Baca Artikel Berkaitan: Semburan Baygon Berkesan Untuk Halau Ular? Ini Penjelasan PHM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd