Now Reading
“Apa Saya Buat Salah?” – Lee Zii Jia Luah Perasaan Lepas Gengam Pingat Gangsa Di Olimpik 2024

“Apa Saya Buat Salah?” – Lee Zii Jia Luah Perasaan Lepas Gengam Pingat Gangsa Di Olimpik 2024

Lee Zii Jia telah menang menentang Lakshya Sen dari India, sekaligus membawa pulang pingat gangsa kedua Olimpik 2024 buat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sekali lagi gegak-gempita apabila mendapat pingat gangsa kedua di temasya sukan Olimpik Paris 2024 menerusi kejayaan Lee Zii Jia.

Menentang Lakshya Sen dari India dalam perlawan penentuan pingat gangsa, Zii Jia menamatkan set terakhir dengan mata 21-11.

Kejayaan ini sekaligus menangkis kecaman yang dilemparkan kepadanya sepanjang kerjayanya dalam dunia badminton.


Zii Jia Luahkan Perasaan Ketika Ditemu Bual

Namun begitu, kemenangan yang sepatutnya menjadi kegembiraan, bertukar sebak apabila Zii Jia meluahkan perasaannya ketika ditemu ramah oleh Awani.

“Saya hanya mahu membuktikan kemampuan diri saya. Awak tahu apa yang sedang berlaku,” kata Zii Jia kepada pihak Awani sehingga menitiskan air mata.

Setiap pagi saya bangun dan nampak macam-macam berita pasal saya. Saya terfikir apa yang saya buat salah?

Atlet badminton negara, Lee Zii Jia

Zii Jia berkata dia hanya mendiamkan diri mengenai situasi itu dan terus menyertai latihan badminton setiap hari.

Walau betapa teruk dimalukan, dia enggan bertindak-balas dan akan membuktikan kemampuannya menerusi kejayaannya satu hari kelak.

Pemuda yang berada pada nombor tujuh dunia itu sebelum ini dikatakan telah memberikan ‘cold shoulder’ kepada wartawan sebelum berlepas ke Paris.


“Saya Akan Dapatkan Pingat Emas Di LA” – Zii Jia

Seperti mana-mana atlet Olimpik lain, Zii Jia berkata dia telah menyasarkan pingat emas apabila menjejakkan kaki di Paris.

Namun begitu, perjalanannya dalam temasya sukan Olimpik tidak akan berhenti di sini apabila Zii Jia mengumumkan dia akan kembali di Los Angeles pada tahun 2028.

Walupun ini hanya pingat gangsa, tetapi ini adalah permulaan untuk saya. Saya akan kembali lebih kuat di Los Angeles, dan akan mendapatkan pingat emas itu.

Atlet badminton negara, Lee Zii Jia

Ini merupakan kali kedua Zii Jia menyertai sukan Olimpik. Ketika Olimpik pertamanya di Tokyo, dia terpaksa berhadapan dengan juara nombor satu dunia dari China, Chen Long, di saingan pusingan.


Zii Jia Bangkit Di Set Kedua & Ketiga

Zii Jia bermula dengan agak kurang memberasangkan apabila kalah 13-21 dengan Sen dalam set pertama.

Dia kemudiannya bangkit semula dan memenangi set kedua 21-16 walaupun kedua-dua pemain itu telah mengikat kedudukan sama 12-12.

Seperti permainan beregu lelaki semalam, Zii Jia turut membawa Sen ke rubber set.

Dalam set terakhir ini, Zii Jia telah meninggalkan jarak yang besar antaranya dengan Sen apabila mendahului 9-2 dan 11-6 sebelum interval. Dia kemudiannya menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-11.

Baca Artikel Berkaitan: Lee Chong Wei & Michelle Yeoh Ucap Tahniah Atas Kemenangan Lee Zii Jia Di Sukan Olimpik 2024

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kedai Mamak Di Setapak Nyalakan Bunga Api Sempena Kejayaan Lee Zii Jia Buat Ramai Kagum


Zii Jia Tewas Di Tangan Pemain Thailand Di Separuh Akhir

Zii Jia sebelum ini kalah dalam perlawanan menentang Kunlavut Vitidsarn dari Thailand di peringkat separuh akhir (14-21, 15-21).

Di peringkat suku akhir, dia mengalahkan pemain nombor 4 dunia, Anders Antonsen dari Denmark (21-17, 21-15).

Terdahulu, pasangan beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya membawa pingat Olimpik 2024 pertama buat Malaysia selepas mengalahkan gabungan dari Denmark.

Baca Artikel Berkaitan: Olimpik Paris 2024: Aaron Chia & Wooi Yik Raih Pingat Pertama Malaysia, Tempat Ke-3 Beregu Lelaki Badminton

Baca Artikel Berkaitan: Pearly-Thinaah Cipta Sejarah, Beregu Wanita Malaysia Pertama Ke Peringkat Separuh Akhir Olimpik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd