Now Reading
Alahan Kucing Pada Manusia Boleh Kurang Jika Si Bulus Makan Telur Ayam?

Alahan Kucing Pada Manusia Boleh Kurang Jika Si Bulus Makan Telur Ayam?

Telur tersebut perlulah dihasilkan oleh ayam yang telah didedahkan kepada kucing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Para pencinta kucing pasti akan sentiasa membelai dan mencium mereka, terutamanya kucing yang dijaga sendiri seperti anak.

Malangnya bagi sesetengah individu, mereka tidak boleh menghampiri si bulus kerana akan mengalami serangan alahan.

Lebih teruk lagi apabila seseorang yang pada mulanya tidak sensitif pada kucing, tiba-tiba mengalami simptom alahan. Malah ada yang sehingga terpaksa melepaskan kucing kesayangan kepada orang lain.

Sumber gambar: Unsplash

Ayam Yang Terdedah Kepada Kucing Hasilkan Antibodi Dalam Telur

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok Antelope Pets, seorang doktor haiwan berkata kucing mungkin dapat menjadi hipoalergenik (kurang menyebabkan alahan) jika diberi makan telur.

Telur yang dimaksudkan pula ialah telur dihasilkan oleh ayam yang telah didedahkan kepada kucing, seperti ayam diternak sendiri di perkarangan rumah atau kebun kecil.

Katanya, perkara ini berlaku kerana ayam yang terdedah kepada kucing akan menghasilkan antibodi di dalam telurnya.

Apabila kucing memakan telur tersebut, antibodi yang digelar IgY itu akan menyasarkan dan meneutralkan protein pada kucing yang menyebabkan alergik dalam sesetengah manusia.

Sumber gambar: Pexels

Protein Fel d1 Dalam Kucing Sebabkan Alahan Pada Manusia

Fel d1 merupakan alergen utama kucing yang menyebabkan tindak balas alergi ke atas lebih 95% individu sensitif terhadap kucing.

Protein ini kebanyakannya dihasilkan oleh kelenjar air liur dan sebum kucing. Apabila kucing menjilat dan membersihkan diri mereka, bahan alergen ini akan terlekat pada bulu dan kulitnya.

Fel d1 kemudiannya tersebar ke udara dalam bentuk bulu dan kulit mati yang berterbangan, seterusnya menyebabkan alahan pada sesetengah individu.

Alahan terjadi apabila Fel d1 melekat pada antibodi IgE di permukaan sel masta manusia, sekaligus menyebabkan pendegranulan sel tersebut. Perkara ini kemudiannya akan melepaskan pengantara kimia yang menyebabkan simptom alahan pada seseorang individu.

@antelopepets Can feeding your cat eggs make them less allergenic? #catfacts ♬ original sound – Antelope Pets

Antibodi Dalam Telur Ayam Akan Mengikat Protein Fel d1

Kajian ini sebenarnya telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik makanan kucing dari Purina Institute pada tahun 2019.

Di dalam kajian tersebut, sebanyak 105 ekor kucing telah diberi makan makanan yang mengandungi bahan produk telur dengan antibodi IgY.

Ia mendapati bahawa kadar Fel d1 pada bulu dan kulit kucing banyak berkurangan selepas tiga minggu diberi makanan tersebut. Malah, 97% daripada kucing terlibat dalam kajian itu menunjukkan kadar Fel d1 aktif yang berkurangan.

Antibodi IgY pada telur ayam bertindak dengan mengikat protein Fel d1 dalam kucing. Oleh itu, tidak banyak Fel d1 aktif yang akan disebarkan dalam udara melalui bulu dan kulit kucing.

Dalam satu kajian lain pada 2021, individu yang alergik terhadap kucing mengalami kurang simptom alergi hidung dan mata apabila didedahkan kepada bulu dan kulit kucing yang memakan makanan berkenaan.

Sumber gambar: Unsplash

Banyak Khasiat Dalam Telur Bagi Kucing

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi seperti mana-mana produk haiwan, kucing juga boleh memakan telur. Namun, jangan beri kucing anda telur mentah dan pastikan ia dimasak sepenuhnya.

Harus diingat juga hanya telur yang dihasilkan oleh ayam terdedah kepada kucing boleh memberi kesan hipoalergenik ini. Akan tetapi telur itu sendiri mempunyai banyak nutrisi yang bagus untuk kucing termasuk:

  • Asid amino taurin – Penting dalam meningkatkan penglihatan, penghadapan, fungsi jantung, imuniti serta kehamilan dan perkembangan janin yang sihat dalam kucing bunting.
  • Lemak baik – Lemak tepu mono bagus untuk kesihatan jantung, manakala lemak tidak tepu poli (polyundaturated) bagus untuk otak, sistem saraf dan jantung.
  • Pelbagai vitamin – Antara kebaikan vitamin ialah memberi tenaga serta mempunyai antioksidan untuk sokongan imun.
  • Mineral – Zat besi menggalakkan penghasilan hemoglobin, selenium meningkatkan kesihatan imun dan zink menggalakkan penghasilan kolagen.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd