Now Reading
Ustaz Wadi Annuar Kongsi Doa Bila Singgah Di Suatu Tempat Ketika Dalam Perjalanan

Ustaz Wadi Annuar Kongsi Doa Bila Singgah Di Suatu Tempat Ketika Dalam Perjalanan

Selain itu, terdapat juga doa ketika keluar dari rumah dan menaiki kenderaan yang boleh dibacakan apabila memulakan perjalanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi orang Islam, terdapat doa yang boleh dibacakan apabila melakukan apa-apa perkara sekalipun seperti makan, keluar dari rumah dan masuk ke dalam tandas.

Apabila ingin memulakan perjalanan, pasti kita akan membacakan doa menaiki kenderaan. Namun bagaimana pula jika kita ingin menyinggah di mana-mana tempat ketika dalam perjalanan?


Bacakan Doa Ketika Singgah Di Suatu Tempat

Satu video TikTok di akaun pengguna @mfazzy memaparkan penceramah, Ustaz Wadi Annuar, menerangkan doa yang boleh dibaca ketika singgah di suatu tempat.

Menurutnya, berdoa apabila singgah di mana-mana tempat ketika dalam perjalanan merupakan sunah Rasulullah SAW.

Doa ini boleh diamalkan apabila singgah di suatu tempat buat jangka masa pendek seperti ke RnR, ataupun singgah beberapa hari sebelum menyambung semula perjalanan.

Apabila tiba di tempat persinggahan tersebut, bacakan doa berikut:

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan makhluk-Nya.”

Riwayat Muslim


Rasulullah SAW Jamin Tidak Ditimpa Mudarat Apabila Membaca Doa Tersebut

Ustaz Wadi berkata Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa seseorang yang membaca doa tersebut tidak akan ditimpa sebarang mudarat sehinggalah dia meninggalkan tempat itu.

Daripada Sa’ad Abi Waqqas, beliau berkata, “Aku mendengar Khaulah binti Hakim al-Salamiyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang singgah di satu-satu tempat, lalu dia membaca A’udzu Bikalimatillahi Taammaati min syari maa Khalaq (Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya), maka tiada satu pun yang membahayakannya sehingga ia berganjak dari tempatnya.”

Berdasarkan hadis ini, insyaAllah mereka yang membacakan doa tersebut akan mendapat perlindungan Allah SWT daripada sebarang gangguan, keburukan dan kejahatan daripada sebarang mahkluk.


Baca Doa Sebaik Sahaja Keluar Dari Rumah

Seorang Muslim pasti mempraktikkan membaca doa dalam apa jua keadaan. Apabila ingin memulakan perjalanan, terdapat doa yang boleh diucapkan sebaik sahaja keluar dari rumah.

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya: “Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.”

Rasulullah SAW turut berzikir apabila keluar dari rumah. Daripada Ummu Salamah RA, Rasulullah SAW ketika keluar dari rumah, memandang ke arah langit dan membacakan zikir:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari aku tersesat atau disesatkan orang lain, dari aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, dari aku menzalimi atau dizalimi orang lain, dari kebodohanku atau dibodohkan orang lain.”

Riwayat Abu Daud (5094)


Jangan Lupa Baca Doa Naik Kenderaan

Selain daripada doa keluar rumah, jangan lupa juga untuk bacakan doa ketika menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

سُبْحَنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبَّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maksudnya: “Maha Suci (Allah) yang menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelum ini tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.”

Surah Al-Zukhruf(13-14)

Terdapat juga doa khas bagi menaiki kapal laut atau kapal terbang yang berbeza sedikit berbanding doa menaiki kenderaan secara umum.

#1. Doa naik kapal laut

 بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا، إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: “Dengan nama Allah, kami belayar dan berlabuh. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

#2. Doa naik kapal terbang

اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِعَنَّابُعْدَهُ اَللّٰهُمَّ اَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيْفَةُ فِى الْاَهْلِ

“Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatkanlah jaraknya. Ya Allah, yang menemani kami dalam perjalanan, dan Engkau juga yang menjaga keluarga.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd