Now Reading
Mekyun Kongsi 4 Tempat Makan Halal & Murah Di Hat Yai

Mekyun Kongsi 4 Tempat Makan Halal & Murah Di Hat Yai

Antara tempat makan halal tersebut ialah Kai-Tod Decha, Pa-Ad Fresh Milk dan Ayyuthaya Noodle Halal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hat Yai merupakan destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia memandangkan lokasinya yang tidak jauh dari sempadan negara dan harganya yang berpatutan.

Dengan pelbagai mod pengangkutan seperti kereta api, kapal terbang, malah boleh memandu sendiri, orang ramai sering berkunjung ke Hat Yai untuk berjalan-jalan dan mencari makan.

Ada yang sehingga berkata lebih murah bercuti di Hat Yai berbanding di beberapa tempat terkenal dalam negara!


Mekyun Kongsi 4 Tempat Makan Halal Di Hat Yai

Pempengaruh Mekyun yang telah ke Hat Yai baru-baru ini berkongsi beberapa tempat makanan yang bukan sahaja halal, malah murah di bandar itu.

#1. Kai-Tod Decha

Kedai yang terletak di Tambon ini menyediakan nasi khao mok, atau nasi briyani Thailand, yang paling sedap di bandar itu menurut Mekyun.

‘Kai tod’ bermakna ayam goreng dalam bahasa Siam, manakala Decha merupakan nama pemilik restoran tersebut.

Melihat kepada menu yang ditunjukkan Mekyun, harga hidangan tersebut ialah 75 baht yang bersamaan dengan RM9.50. Mekyun turut memesan air kelapa yang berharga 35 baht (RM4.50) sahaja

  • Lokasi: 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: 11 pagi-10 malam, setiap hari
#2. Pa-Ad Fresh Milk

Salah satu hidangan pencuci mulut Thailand yang terkenal ialah roti kukus dicicah kaya pandan.

Manisan ini boleh didapatkan daripada Pa-Ad Fresh Milk yang turut menghidangkan segelas susu segar.

Apa yang menariknya, kaya pandan untuk dicicah roti itu diperbuat sendiri oleh penjual tersebut.

  • Lokasi: 2F3C+GX8 Chee Uthit Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu operasi: 6 petang -12.30 malam, setiap hari
#3. Ayyuthaya Noodle Halal

Boat noodle merupakan salah satu hidangan Thailand yang terkenal di Malaysia. Antara restoran halal yang terkenal dengan boat noodle ialah Ayyuthaya Noodle Halal.

Harga bagi hidangan mi di restoran itu bermula dari 70 baht (RM8.80) dan tidak melebihi100 baht (RM13).

Berbeza dengan konsep mangkuk kecil yang dibawa oleh salah satu restoran boat noodle dalam negara, hidangan di sana adalah dalam portion besar dan dipenuhi daging! Terdapat juga pelbagai masakan lain yang boleh dipesan di sana.

Sumber gambar: Ayyuthaya Noodle Halal/ Facebook
  • Lokasi: 22, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu operasi: 7 pagi – 12 malam, setiap hari
#4. Khlong Hae Floating Market

Apabila ke Hat Yai, tidak lengkaplah jika anda tidak menyinggah ke sebuah pasar terapung terkenal yang terletak di Khlong Hae.

Menurut Jom Explore, majoriti peniaga di pasar tersebut adalah beragama Islam. Terdapat pelbagai jenis makanan seperti somtam, udang goreng dan kuih telur puyuh yang dijual di sana.

Kebanyakan makanan dan minuman di sana dijual pada harga kurang daripada 50 baht (RM6.30). Dalam video lain dikongsi Mekyun, dia telah mendapatkan air kelapa di dalam gelas buluh yang berharga RM4 dan juga aiskrim kelapa

  • Lokasi: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu operasi: 2 petang – 9 malam, Jumaat hingga Ahad

Selain itu, terdapat pelbagai lagi tempat di Hat Yai yang boleh anda kunjungi bagi mendapatkan hidangan halal. Antaranya:

  • Kaitod Meena
  • Ku Tao Hanging Noodles
  • Asean Night Bazaar
  • Dimsum Chabura
  • Lee Gardens Night Market
  • Kedai Sup & Gulai Kawah Kak Yah
  • Khlong Hae Buffet Seafood
  • Kak Sah Muslim Kitchen
@mekyunnnn

Korang ada tak suggestions yang lain? 🙆🏻‍♀️ Ni antara tempat makan favourite Mekyun yang Halal, Sedap & Murah di Hat Yai 🇹🇭 Apa lagi content yang korang nak Mekyun share kat Hat Yai ni?

♬ original sound – Mekyun

Mekyun Ke Hat Yai Untuk Kolab Dengan Lotus’s Thailand

Dalam pada itu, Mekyun telah ke Hat Yai bagi menerima jemputan Lotus’s Thailand untuk berkolaborasi.

Berdasarkan video dikongsinya, wanita dari Kelantan itu menjadi rakyat Malaysia berbangsa Cina pertama yang berkolaborasi dengan Lotus’s Thailand.

Mekyun turut ditemani ibu bapanya, lebih mesra dikenali sebagai Mok dan Pok, serta abangnya, Abe Wee.

https://www.tiktok.com/@mekyunnnn/video/7398477670373166343

KTMB Sedia Train Charter KL Sentral-Hat Yai

KTMB kini telah menyediakan kereta api charter dari KL Sentral ke Hat Yai pada harga bermula RM95 bagi perjalanan sehala. Berikut merupakan jadual perjalanan bagi charter KTMB ke Hat Yai:

  • Pergi 31 Oktober, pulang 3 November
  • Pergi 29 November, pulang 2 Disember
  • Pergi 6 Disember, pulang 9 Disember
  • Pergi 13 Disember, pulang 16 Disember
  • Pergi 23 Disember, pulang 26 Disember

Kereta api akan bertolak pada jam 10.30pm waktu tempatan, dan dijangkakan tiba di Hat Yai pada 8.50am waktu Thailand keesokan paginya.

Bagi perjalanan pulang, kereta api akan bertolak dari Hat Yai pada 10.20am (waktu Thailand), dan tiba di KL Sentral pada 10.52pm.

Penumpang juga boleh menaiki kereta api tersebut dari stesen Tanjung Malim, Ipoh, Taiping dan Padang Besar.

Baca Artikel Berkaitan: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi 9 Tempat Makan Best Di Hat Yai. Harga Pun Murah!

Baca Artikel Berkaitan: 15 Tempat ‘Wajib’ Pergi Bila Travel Ke Hat Yai, Thailand


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd