[Video] Jemaah Di Saf Belakang Perlu Beri Ruang Jika Makmum Di Depan Terbatal Solatnya, Ini Caranya
Jangan memalingkan tubuh dari arah kiblat apabila memberi ruang kerana ia akan membatalkan solat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sewaktu menunaikan solat, sudah tentulah seorang Muslim itu wajib berada dalam keadaan suci dari kedua-dua hadas kecil dan besar.
Akan tetapi, kadangkala seseorang itu mungkin tidak sengaja terbatal solatnya ketika sedang bersembahyang.
Jika solat dilakukan secara bersendirian, tiada masalah untuk terus berhenti dan mengambil wuduk semula. Namun bagaimana pula jika anda sedang berjemaah, lebih-lebih lagi di saf bahagian depan?
Makmum Belakang Perlu Beri Sedikit Ruang Untuk Individu Keluar Saf
Sehubungan itu, Masjid Kg Nahkoda telah menjelaskan mengenai isu ini di akaun TikTok miliknya.
Menurutnya, makmum boleh terus keluar sahaja di pintu yang berdekatan untuk mengambil semula wuduknya apabila solat terbatal.
Namun begitu, jika dia berada di saf yang jauh dengan pintu, tidak salah bagi dia melalui barisan saf lain yang berada di belakangnya.
Menerusi video dimuat naik, makmum yang berada di belakang diingatkan untuk membuka sedikit ruang jika seseorang ingin keluar dari saf solatnya.
Jangan Palingkan Tubuh Dari Arah Kiblat
Namun begitu, penting untuk para jemaah tidak memalingkan tubuh badan dari arah kiblat apabila memberi laluan kepada individu tersebut.
Ini kerana menghadapkan tubuh ke arah kiblat adalah salah satu syarat sah solat dan solat akan terbatal apabila tubuh dipalingkan dari kiblat. Walaupun dipalingkan oleh orang lain, solat tersebut tetap akan batal.
Sebaliknya, hanya jarakkan badan sedikit daripada makmum sebelah agar ada ruang untuk individu berkenaan menyelit keluar.


@masjid.kg.nakhoda Tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, (attaubah ayat 2) #ilmu #solat #ilmuagama
♬ original sound – Masjid Kg Nakhoda – Masjid Kg Nakhoda
Ruang Kosong Pada Saf Perlu Diisi
Apabila makmum tadi telah keluar dari tempat solatnya, sudah tentulah akan ada kelompongan pada saf terbabit.
Saf tidak sepatutnya dibiarkan kosong, berdasarkan satu hadis lain diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
وَلاَ تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ
Maksudnya: “Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf Allah akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan dirinya.”
Riwayat Abu Daud (666)
Oleh itu ia harus diisi oleh jemaah lain, diutamakan bagi makmum di belakang ruang kosong itu. Jika tiada makmum di belakang yang memenuhkan saf, makmum dari sebelah kanan atau kiri perlu merapatkan saf tersebut.
Dalam keadaan makmum dari saf belakang ke hadapan untuk memenuhkan saf, makmum lain perlu turut mengisi ruangan kosong yang ditinggalkannya.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Makmum Depan Keluar Saf? [Video]
Solat Hanya Terbatal Jika Yakin Telah Terkentut
Salah satu perkara yang membatalkan solat ialah terkentut. Mungkin ada yang cuba untuk menahan kentut ketika sedang mendirikan solat, namun perkara ini sebenarnya makruh hukumnya.
Menurut penjelasan di akaun TikTok Masjid Bandar Seri Putra, menahan kentut boleh mengganggu khusyuk ketika solat. Oleh itu, lebih baik jika dibatalkan solat dan mengambil wuduk semula jika waktu solat masih panjang.
Penceramah Ustaz Syed Abdul Kadir berkata seseorang tidak seharusnya menghentikan solatnya jika berasa was-was sama ada telah terkentut. Sebaliknya hanya berhenti jika yakin wuduk telah batal iaitu ada mendengar bunyi kentut atau terdapat bau busuk.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Tahan Kentut Ketika Solat? Ini Jawapannya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perlukah Wanita Check Keputihan Setiap Kali Sebelum Solat Walaupun Ada Wuduk?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.