[Video] Penumpang Solat Jemaah Dalam KTM Di Laluan Utara Sentuh Hati Orang Ramai
Sebanyak dua ‘shift’ solat Subuh berjemaah dijalankan memandangkan ruang yang terhad di dalam kereta api.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Solat yang merupakan rukun Islam kedua adalah tiang agama bagi para muslimin dan muslimat. Walau dalam apa jua keadaan, seorang Muslim tetap wajib menunaikan solat lima waktu sehari.
Ini termasuk juga ketika menaiki kenderaan bagi perjalanan jarak jauh seperti kereta api dan kapal terbang.
Penumpang Solat Dalam KTM
Baru-baru ini, pengguna TikTok Mohd Zaidi Bin Desa, telah memuat naik satu video yang menyentuh hati. Video yang dirakam di dalam kereta api KTM itu menyaksikan sekumpulan lelaki sedang menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Menurut Zaidi, kereta api tersebut bertolak dari sebuah stesen di utara Semenanjung. Kedengaran juga pengumuman dilakukan ketika kereta api menghampiri stesen Alor Setar.
Zaidi berkata solat jemaah turut dilakukan sebanyak dua ‘shift’ memandangkan ruang yang terhad di dalam pengangkutan awam itu.
Dia juga menerangkan bahawa penumpang yang ingin melakukan solat jemaah kebiasaannya akan berkumpul di koc terakhir.
@simkad_unlimited Suasana solat subuh berjamaah dalam koc komuter utara, ni shift pertama, saya masuk shift solat kedua sebab ruang solat yang sempit kami buat 2 shift #komuter #komuterutara #kedah #perlis #penang #pulaupinang #ktmb #ktm
♬ original sound – Mohd Zaidi Bin Desa – Mohd Zaidi Bin Desa
“Rezeki Allah Bagi Ruang Dalam Hati Nak Solat” – Pengguna TikTok
Melihat situasi tersebut, orang ramai mengucapkan kesyukuran serta memuji penumpang yang menjalankan ibadah wajib itu walaupun ketika di dalam kereta api.
Video tersebut turut menerima komen dari Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang berkata bukan semua individu mampu melakukan perkara itu.
Seorang pengguna TikTok berkata suasana sebegitu turut dapat dirasai di laluan kereta api dari arah Butterworth, Pulau Pinang ke Padang Besar, Perlis.
Malah, menurut seorang individu, isterinya berkata para muslimat turut melakukan solat Subuh di dalam kereta api.
Dalam pada itu, ada juga yang berkata zon masa UTC+8 di Semenanjung Malaysia menyebabkan ramai orang tidak sempat menunaikan solat Subuh sebelum bertolak ke tempat kerja.








Jika Tidak Sempat Jamak Ta’khir, Boleh Solat Dalam Kenderaan
Melihat video berkenaan, mungkin timbul persoalan sama ada solat boleh dilakukan ketika di dalam pengangkutan yang sedang bergerak. Bagaimana pula dengan arah kiblat?
Merujuk kepada laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, solat fardu boleh ditunaikan di dalam kenderaan seperti kereta api dan kapal terbang, sekiranya tidak melakukannya akan menyebabkan terlepas solat.
Namun, lebih mudah melakukan jamak ta’khir sekiranya sempat sampai ke destinasi sebelum habis waktu solat Asar atau Isyak.
Boleh Solat Tidak Hadap Kiblat Di Dalam Kenderaan Jika Sukar
Dari segi kiblat, wajib seseorang menghadap ke arah kiblat memandangkan ia adalah salah satu syarah sah solat. Akan tetapi, jika terdapat keuzuran seperti di dalam kenderaan yang bergerak, dibolehkan untuk menghadap ke arah paling hampir dengan kiblat.
Jika tidak dapat solat menghadap kiblat atau arah paling dekat, disyorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) atau digantikan setelah sampai ke destinasi. Ini bermakna, seseorang hanya lakukan solat hormat waktu terlebih dahulu ketika dalam perjalanan.
Solat juga boleh dilakukan secara duduk sekiranya tiada ruang untuk berdiri. Jika boleh, menghadap kiblat ketika berniat dan takbiratul ihram.
Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Kalau ‘Stuck’ Dalam Trafik, Ini Cara Untuk Tunaikan Solat Sunat Tarawih Dalam Kereta
Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Tegur Orang Yang Solat Salah Kiblat, Setiap Muslim Patut Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Makmum Baca Al-Fatihah Serentak Dengan Imam, Sah Atau Tidak Solatnya?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.